Jumaat, 10 Mei 2013

sinopsis novel :di penjara rindu



DI PENJARA RINDU.... 
rindu tue perasaan , , kena penjara jugak ker? hehehe
inagatkan orang jew yg dipenjara, , 
rindu pown boleyh dipenjara. . 
ha tjuk novel diberinama
di penjara rindu,,
korang dh baca blom novel nieyh..
kalau korang cbaca, , jom..
kita jelajah novel nieyh...

novel nieyh akan membawa anda bersama-sama 
menyelami perasaan seorang wanita yang menjadi mangsa fitnah
 rakan kampungnya sendiri. 
Diri mendapat aib, keluarga mendapat malu, 
kekasih hati menjauh pergi bila pelamin angan musnah tidak kesampaian.
 Lambaian kasih sahabat menyuntik semangat untuknya terus tabah berdiri.

Hati mana yang tidak merana, 
apabila kekasih hati gagal memahami gejolak hati
. Bukan niat Nurin Amira memilih yang lain. 
Meskipun berat, pun begitu bukan mudah menghadapi kenyataan.
Zakuan kekasih hati yang pertama dan terakhir. 
Mohd Najib punca berantakan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin. 
Nurin Amira pasrah pada takdir hidupnya. 
Di saat diri putus harapan, hadir Nurain mengubat luka di hati Nurin Amira. 
Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Nurain mengembalikan 
keceriaan dalam hidup insan yang pernah membahagiakannya.

Apa yang berlaku seterusnya? 
Bahagiakah Nurin Amira hidup bersama lelaki yang tidak pernah dicintainya itu?
 Siapakah Nurain di hati Nurin Amira? 
Di Penjara Rindu pastinya merupakan sebuah novel yang sarat dengan 
pengajaran dengan menyajikan suka duka dalam kehidupan yang tidak sama sekali kita jangkakan dalam hidup ini.

2 ulasan:

  1. wahh!! besttnyerrr... >.< byk nyer novel..x terbaca ..huk2

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !