Semakan keputusan tawaran Matrikulasi 2013-2014

semak matrikulasi 2013 tarikh semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013 2014
Keputusan ke program matrikulasi sesi 2013/2014 dijangka akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM 2012 diumumkan secara rasmi di laman web kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Terdahulu,bagi semakan kemasukan sesi tahun 2012 ia dikeluarkan pada 25 April,Justeru itu tidak mustahil untuk tahun ini dalam lingkungan tarikh dan bulan yang sama
Mengenainya pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun difahamkan tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan
Maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja
Dalam pada itu,jika keputusan rasmi dikeluarkan kami akan mengemaskini dan juga pautan aplikasi semakan akan dimasukkan dalam ruangan ini untuk rujukan calon yang ingin membuat semakan secara online (atas talian) nanti



Catat Ulasan

1 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan