giliran linda onn tarik diri

Linda Onn merajuk, tarik diri dari ABPBH tahun depan - Susulan kenyataan terbuka Adi Putra untuk menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013) tahun hadapan, kini giliran Linda Onn pula membuat kenyataan sama.


Menurut Linda Onn, seperti Adi Putra beliau merasa bersalah terhadap peminat yang kecewa tidak dapat melihat kemenangannya dalam beberapa kategori lain walaupun mereka sudah berusaha keras mengundi.

“Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata mata kerana peminat saya”

“Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun mereka pun telah bersusah payah melakukan undian,”
 




Linda Onn turut berkata yang penarikan diri beliau boleh memberikan laluan kepada muka-muka baru dalam dunia penyampaian radio selain turut berharap para peminatnya terus menyokong kerjaya beliau.

Catat Ulasan

1 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan