Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024) Terbaharu di slot Akasia, drama Pinjaman Syurga mengangkat tema pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak autisme. Dibintangi oleh Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy. Saksikan Pinjaman Syurga bakal bersiaran bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim melalui Tonton.

Drama pinjaman syurga, tonton online drama pinjaman syurga , sinopsis drama pinjaman syurga,

Drama ini mengisahkan Natasha ( Janna Nick) dan Taufik ( Keith Foo) pasangan bahagia yang dikurniakan kehidupan yang serba serbi cukup, ada kerjaya yang bagus, anak yang comel dan kehidupan yang bahagia. Mereka masing masing sibuk bekerja dan tidak menyedari yang anak mereka tidak seperti anak yang lain. Cikgu sekolah Haikal, anak mereka ingin berbincang dengan Natasha mengenai Haikal namun tidak diendahkan oleh Natasha kerana dia sangat sibuk, takut terlewat ke pejabat.

Mak mentua Natasha mula menyedari yang Haikal tidak memberi respon ketika dia bercakap dengannya, tiada 'eye contact' , tidak boleh bercakap dan Haikal lebih suka buat aktiviti sendiri, buatkan yang dia mengesyaki mungkin ada yang tak kena dengan Haikal. 

Akibat tekanan dari pihak keluarga dan ingin membuktikan yang anaknya tidak menghidap autisme, Natasha nekad membuat beberapa ujian, dan doktor telah sahkan yang Haikal menghidap autisme. Natasha dan Taufik tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka menghidap autisme, mak ayah diorang pula sibuk salahkan keturunan sebelah sana, keturunan sebelah sini.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Drama ni sedih lakonan pelakon betul betul menjiwai watak. Keith Foo marah sampai muka dia merah, nampak tegang mukanya. Janna Nick sangat menjiwai watak seorang ibu yang dalam fasa tak dapat terima hakikat anaknya menghidap autisme, mimik muka, gerak badan menjadi. Paling sedih saat si ayah tak mengaku yang si anak bukan anaknya.

Drama ni penuh dengan info mengenai autisme. Saya sarankan anda semua menonton drama ni. Banyak info yang bagus dan penuh dengan pengajaran.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ada nampak kat TT tp ammi tak tgk lagi di TV

    BalasPadam
  2. Teringin nak nonton tp tak bisa. Kenapalah drama bagus seperti ini tak masuk Netflix saja yaa 😅

    BalasPadam
  3. baca sinopsis je dah sedih...
    sy mmg jarang dpt tgk drama kol 7 ni. smpi rumah pun kdg dah kol 8 😁 kev laa hari cuti yg jatuh on weekdays boleh laa layan sekejap

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan