Ni Namanya 'Hate Stalking'

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ni Namanya 'Hate Stalking'  U guys pernah tak tengok sorang ni update story ke, post kat social media ke - lepas tu dia tak buat salah apa pun, tapi sebab u guys tak suka dekat dia, u guys rasa annoyed, sakit hati, dan sentiasa mencari alasan untuk justifikasikan rasa sakit hati u guys terhadap orang tersebut?

Ni namanya "Hate Stalking".

Ianya adalah apabila u guys follow seseorang di social media walaupun tidak menyukai orang tersebut, dan rasa sakit hati setiap kali terlihat post daripada mereka.

Kalau ada perasaan ni, tanya pada diri sendiri, kenapa kita teruskan follow orang ni, padahal bila nampak dia je, kita sakit hati?

Kenapa tak unfollow?

Oh, sebab dia ahli keluarga atau rakan sekerja. ?

Hate stalking, stalker cyber bully


Okay, kalau tak suka, mesti ada sebab - cuba berkomunikasi seperti seorang dewasa, dan bukannya bertindak seperti orang yang kurang matang dan anggap yang bukan-bukan dan negatif tanpa cuba berkomunikasi.

Tak boleh bawa diri untuk berkomunikasi? Masalah nya adalah pada  u guys. Sekurang-kurangnya cuba, kalau gagal, barulah kita tahu kita dah cuba terbaik untuk pulihkan silaturrahim.

Tapi tak kisah lah, nak komunikasi atau tidak, seeloknya unfollow sahaja daripada teruskan ada perasaan negatif dalam hati.

Bersihkan hati tu.  Dah tau tak suka, jangan follow. Elakkan daripada simpan perasaan negatif dalam hati lama-lama. 

Isikan hati dengan perkara yang positif. Percayalah, bila hati kita positif, tentang apa jua keadaan sekalipun, saya janji - bukan sahaja akan rasa lebih tenang, pasti akan berkembang dalam hidup, kerana mindset yang positif secara overall, akan bantu kita menjadi semakin berwawasan dan produktif.


Catat Ulasan

0 Ulasan