Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu lepas time lalu nak beli Mixue, ada ternampak banner Clearance Stock . Semua barang RM1.50 . Perempuan kan kalau nampak perkataan Clearance Stock , Sales, Diskaun , Year End Sales (YES) memang wajib terjah kan .. kalau tak membeli tengok-tengok pun dah cukup . Window shopping , tapi disebabkan kekangan masa untuk pergi ke tempat seterusnya CCL batalkan niat nak masuk sini .. next day lah cakap dalam hati .
Hari ni memang jejak kaki ke sini lah. Beli Murah-Murah (BMM) buat clearance stock , semua barang dengan harga RM1.50 . BMM ni baru sahaja beroperasi beberapa bukan yang lepas , tapi disebabkan kurang mendapat sambutan , maybe owner terpaksa tutup dan buat clearance stock untuk semua barang-barang .
Barang-barang yang diorang buat clearance ni memang banyak pilihan. Dari bahagian tools makeup, barangan alat tulis, barangan mandian, barangan dapur serta perapatan pertukangan semua ada . Hanya beberapa gambar sahaja yang CCL snap, tak kuasa pulak snap snap setiap ruangan yang ada . Mujur la time pergi ni orang tak ramai . Majoriti harga asal barangan ni RM2 ke atas . Lelong jadi RM1.50 . Barangan seperti terjual di Eco Shop dan Mr.DIY.
Ini beberapa barang hasil tangkapan CCL ke sana ..tak banyak pun total lost RM10.50 ..
Beli apa ?? Beli wet tisu dan tisu muka . Beli tea spoon untuk bawa ke office sebab berkenan design ala-ala marble . Terselit juga barangan comel , keychain untuk gantung di dlaam kereta atau bilik . Memang dah lama nak beli haritu tengok dekat Mr.DIY mahal juga berbelas ringgit . Tapi tangguh la dulu ni disebabkan RM1.50 beli laa juga satu . Pastu CCL beli penyepit rambut . Beli sebab design dia comel bukannya nak pakaikan dekat rambut sangat pun . Beli sebab nak sepitkan pada buku planner . Cantik kan .
Alang-alang dah singgah beli juga sikit .
2 Ulasan
Dekat mana ni CCL?
BalasPadamMacam best je nak serbu hehe ...
Murah dah tu kena borong banyak2. Berbaloi sangat harganya.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan