BELAJAR FOREX DENGAN TRADING COACH INTERNATIONAL DI MASTER SUMMIT 1.0


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


BELAJAR FOREX DENGAN TRADING COACH INTERNATIONAL DI MASTER SUMMIT 1.0 | Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.


Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?


1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.



Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0





Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.




Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.




Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.



Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.




Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.




Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.


Nama Penuh
Email:
No Telefon:




SINOPSIS DAN TONTON ONLINE DRAMA SYURGA YANG KEDUA



Assalamualaikum dan salam sejahtera .


syurga yang kedua,sinopsis drama syurga yang kedua, pepakon drama syurga yang kedua, tonton online drama syurga yang kedua, tonton online drama syurga yang kedua full episod


SINOPSIS DAN TONTON ONLINE DRAMA SYURGA YANG KEDUA | Seperti semua yang meminati drama jam 6.00 petang di Astro semalam 11.12.2017 adalah episod terakhir bagi drama Dendam Aurora. Jadi drama yang akan menggantikan Dendam Aurora adalah Drama Syurga Yang Kedua. Drama Syurga yang Kedua akan menemui penonton bermula 12.12.2017 jam 6.00 petang.

Drama syurga yang kedua ini diadaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Beego, Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Tiara saluran Astro Prima pada bulan Disember nanti.

Seperti drama yang pernah disiarkan di Slot Tiara sebelum ini, Syurga Yang Kedua bersiaran sebanyak 70 episod dan kali ini mengangkat tema hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita bergelar isteri.



syurga yang kedua,sinopsis drama syurga yang kedua, pepakon drama syurga yang kedua, tonton online drama syurga yang kedua, tonton online drama syurga yang kedua full episod



SINOPSIS DRAMA SYURGA YANG KEDUA

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Setelah sekian lama mendirikan rumah tangga Daniel dan Sabrina namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy. Ibu Daniel mahu anaknya berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat. Malah, beliau sudah mempunyai calon yang sesuai untuk Daniel iaitu Vivy, yang merupakan seorang doktor.Mendengar perbualan suami dan ibu mertuanya, Sabrina menjadi tertekan dan meninggalkan rumah. Menambah derita Sabrina, dia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan. Melihat isterinya terlantar di hospital dan ditambah dengan desakan ibu, Daniel akhirnya akur menikahi Vivy. Vivy pula diselubungi rasa bersalah kerasa Sabrina ialah rakan baiknya sendiri.

TONTON ONLINE DRAMA SYURGA YANG KEDUA

Syurga yang kedua episod 1
♥ Syurga yang kedua episod 2
♥ Syurga yang kedua episod 3
♥ 

RESEPI : KEK OREO VIRAL KUKUS SEMUDAH TIGA BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



kek oreo , kek oreo viral, kek oreo coklat leleh , kek oreo cheese leleh, resepi kek oreo kukus , resepi kek oreo, kek oreo dua bahan , kongsi resepi, blog resepi , cara mudah buat kek oreo, kek oreo kukus , kek oreo bakar


RESEPI : KEK OREO VIRAL KUKUS SEMUDAH TIGA BAHAN  | Beberapa minggu lepas, menu yang tengah hot di laman-laman sosial media menjadi pilihan penggemar kek, tak lain tak bukan "kek oreo cheese " . CCL juga tak lepas peluang untuk mencuba resepi ni ,. Mulanya macam tak percaya takkan hanya menggunakan dua bahan utama biskut oreo bersama susu dutch lady  boleh menjadi sebiji kek ?? CCL pun mula baca komen-komen banyak yang mengatakan diorang ikut resepi yang diberi alhamdulillah menjadi . 

Disebabkan CCL seorang yang tak berapa pandai nak buat kek, tapi gemar makan kek tercabar jugak bila tengok ramai yang dah berjaya membuat kek mengunakan dua bahan utama ni .Tak lepaskan peluang CCL turut mencuba resepi tersebut, alhamdulillah menjadi, kemain gembira tak terkata tau . Jom follow CCL homemade kek oreo viral yang paling mudah dan ringkas sekali . Yang penting sedap ! 



kek oreo , kek oreo viral, kek oreo coklat leleh , kek oreo cheese leleh, resepi kek oreo kukus , resepi kek oreo, kek oreo dua bahan , kongsi resepi, blog resepi , cara mudah buat kek oreo, kek oreo kukus , kek oreo bakar


BAHAN-BAHAN

♥ 2 peket biskut oreo
♥ susu dutch lady 200ml
♥ mentega 


http://cikcappuccinolatte.blogspot.my


CARA PENYEDIAAN 

1. Sediakan dua peket biskut oreo tak kisahlah perisa vanila ataupun perisa coklat, CCL pilih perisa coklat disebabkan perisa vanila kehabisan stok,

2. Masukkan dua peket biskut oreo ke dalam blender bersama 200ml susu dutch lady . Diingatkan sekali lagi susu dutch lady hanya 200ml sahaja , jangan korang letak sebotol nanti tak menjadi kek oreo korang tu . Blender sehingga sebati 

3. Sapu mentega ataupun butter pada loyang untuk mengelakkan kek tidak melekat pada loyang . Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit . 

4. Setelah siap, sejukkan sebentar kek tersebut dan boleh letak topping coklat dan hias dengan coklat tabur . 

Selamat mencuba 

TAMPIL LEBIH BERGAYA DENGAN WOMEN SUNGLASSES DI ZALORA



Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka

TAMPIL LEBIH BERGAYA DENGAN WOMEN SUNGLASSES DI ZALORA | Cuaca yang panas dan cuaca yang terik matahari di negara Malaysia ni membuatkan Women sunglasses menjadi salah satu barang yang harus korang miliki, tak kiralah lelaki mahupun wanita. Seiring dengan peredaran masa korang yang gemar memakai Women sunglasses ibarat menjaga personaliti diri , gaya serta mengubah penampilan diri masing-masing . 

Women sunglasses bukan saja sebagai alat penglihatan dan pelindung mata dari sinar matahari , tetapi menjadi pilihan untuk mengayakan dengan aksesori tersebut . Kehadiran pelbagai jenis bentuk dan jenis Women sunglasses, sepasang Women sunglasses sudat memadat untuk tampil lebih bergaya tanpa perlu berbelanja besar. Ramai dalam kalangan korang sering berhadapan dengan kesukaran untuk memilih Women sunglasses yang bukan saja menarik digayakan , tetapi sesuai dengan bentuk wajah . 

Sudah pasti ada banyak jenis Women sunglasses  untuk korang pilih , dah tak payah susah - susah untuk pening kepala , ayuh ikut CCL terjah laman web online shopping Zalora. Pembelian Women sunglasses dalam online shopping zalora terdapat pelbagai jenis kaca mara hitam dan juga pelbagai jenis harga mengikut bajet korang . 


Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka


Antara jenis Women sunglasses yang terdapat di zalora :

  • Aviator
  • Cat eye
  • Oversized
  • Rectangle
  • Retro
  • Round
  • Squared 

Antara ciri - ciri Women sunglasses mengikut jenisnya 


Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka


1.AVIATOR
- antara Sunglasses yang sering digunakan oleh para pilot 
-aiator sendiri merupakan nama yang diambil dari kata aviation bermaksud penerbangan 
-lensa Sunglasses aviator yang lebar mampu melindungi dari pantulan sinaran matahari 



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka

2. CAT EYE 
- berbentuk seperti mata kucing yang runcing
-memberikan tampilan yang vintage dan edge look 
-sesuai dipadankan bersama gaun hitam 



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka

3. OVERSIZED 
- memiliki ukuran yang besar dan menutup seluruhan bahagian mata 
-Framenya membingkai lensa dan berukuran tebal 
-memiliki pelbagai gaya pada lensa tints, warna serta pada model frame
-sesuai untuk wajah yang kecil molek 



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka


4.RECTANGLE 
-sesuai dipadankan dengan pelbagai pakaian
-Women sunglasses  ni sesuai untuk wajah yang bujur



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka
5. RETRO
- bersaiz besar dan memberikan faya yang luar biasa kepada si pemakai 
-boleh digayakan dengan pelbagai fesyen 
-boleh didapati pelbagai corak 



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka

6.ROUND 
-bingkai dan lens berbentuk bulat 
-ukuran lensa Women sunglasses  ni  tidaK terlalu lebar dan bahan pembuatan frame diperbuat daripada metal dan juga plastik 



Women sunglasses , kaca mata hitam di zalora , sunglasses zalora , jenis kaca mata hitam, t8ps pemilihan kaca mata hitam, tips penjagaan kaca mata hitam, tips pemakaian kaca mata hitam ikut bentuk muka

7.SQUARE
-sesuai untuk wajah yang berbentuk petak & hati 

So, jenis Women sunglasses  manakah yang sesuai untuk wajah korang ? Bila dah tahu ciri-ciri jenis Women sunglasses yang korang idamkan , senanglah untuk membuat pemilihan semasa pembelian . Jom terjah zalora pelbagai jenis Women sunglasses  yang tersedia yang mengikut bajet dan citarasa korang . Jom dapatkan Women sunglasses yang menarik di Zalora Malaysia, korang boleh refer pilihan women sunglasses


RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


cara mudah membuat pengat pisang, masakan tradisi, pengat pisang, pengat pisang berangan, pengat pisang berangan bersagu, pengat pisang bersagu, resepi, resepi pengat pisang bersagu,


RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU | Menu yang tak pernah lapuk dek telan zaman . Salah satu makanan tradisi juga ni Pengat pisang berangan bersagu kurang manis kurang manis sesuai untuk minum petang.. alhamdulillah.


Bahan-bahan :

> 11 biji pisang berangan
> 3 cawan santan pekat
> 2 cawan air
> 2 sudu besar sagu biji (halus) - rendam 1/2 jam dgn air biasa kemudian basuh di air paip yg mengalir menggunakan penapis sebelum digunakan
> 1 ketul kecil gula melaka ( anggaran lbh kurang  tak sampai 1/2 cawan atau boleh juga ikut citarasa manis takat mana yg anda suka)
> 3 helai daun pandan - cuci bersih & simpul
> secubit garam



Cara penyediaan :

1. Masak gula melaka bersama air hingga larut.

2. Pisang dipotong serong atau ikut kesesuaian dan citarasa.

3. Masak santan bersama secubit garam dan daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak, api jangan terlalu besar..

4. Masukkan biji sagu yang telah di tos.. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.

5. Masukkan pisang yang telah dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya...(pastikan tak berhenti mengacau2 kuahnya supaya santan tak berketul2).

6.. Akhir sekali tapiskan air gula melaka ke dalam periuk & masak seketika... Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air panas & terus masak lagi hingga mendidih...rasa dulu.. kalau kurang manis boleh tambah gula pasir .

7. Sedia utk dihidangkan ketika masih agak panas atau boleh juga dinikmati setelah disejukkan dalam peti sejuk.

SEGMEN BLOGLIST BY KAELLA



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Memandangkan sekarang sudah pun dipengakhiran bulan Disember , ramai jugak blogger yang masih mencari blog-blog terpilih untuk dimasukkan dalam bloglist, tidak terkecuali juga blogger kaella turut menganjurkan segmen blog list ni . Ayuh la sama-sama join , dapat eratkan lagi silaturrahin antara blogger lain ..

Menariknya blog Kaella dari pandangan mata CCL 
●loading blog 
- blog kaella tidak mengalami masalah loading blog yang terlalu lama , perkara pertama kalau readers-readers akan titik beratkan tahap kelajuan blog . 

●pemilihan tema 
Blog kaella bertemakan putih dan hitam . Nampak simple , kemas dan teratur.

● entri dalam blog 
Perkongsian yang padat dan entri pun menarik . Ada perkongsian resepi-resepi dan juga tips-tips . 

Nak join sila klik banner diatas sebelum 20 Disember 2017