5 VECTOR SITI NURHALIZA



selamat petang. . ha petang cenggini . . buka-buka blog entah kenapa
boring sangat , , dan menjadi malas seketika untuk membaca entri-entri menarik . . 

so tanpa membuang masa . . 
yana buat vector . . vector siapakah yang yana buat. . 
vector siti nurhaliza menjadi pilihan yana. . 

untuk pengetahuan korang. . ini
vector pertama yang yana buat . . alhamdulillah godek sana sini
sofware yang sesuai, , menjadi jugak vector 


sebanyak 5 keping gambar yang yana vectorkan, , 
sempat jugak yer buat 5 vector sini nurhaliza nieyh. . 
btw ini vector kali pertama . . 
so banyak kekurangannya . . exspeciaaly dari segi garisan pada vector tersebut.
garisan amat-amat penting taw semasa buat vector...

so perkara yang perlu ada dalam diri korang semasa buat vector . 
kena lha ada perasaan sabar . . kalau x sabar macam mana nak buat kn. . 
then kena bagi fokus yang lebih pada gambar. . 

so jom tengok 5 gambar yang yana vectorkan





vector ini senang jugak nak buat. . 










bahagian mata amat susah sekali nak buat..
kena belajar buat lagi lepas ni






nak tengok vector lain klik sini


kena perlu diperbaiki lagi nieyh. . 
nanti nak try vector artis lain pulak. . 



sinopsis novel : ku tak rindu



Zafia- Gadis yang kecewa sbb kekasihnya, Shahril berkahwin dgn pilihan keluarga. Lebih menyedihkan sbb Shahril kahwin dgn Sofiah, kaki buli yg selalu buli Zafia sejak sekolah lagi. Zafia bercadang nak halang perkahwinan Shahril & Sofiah tp tak sempat n dia nmpk Shahril tersenyum bahagia. Jadi, dia daftar kt Agensi Mencari Jodoh di Kuala Lumpur utk cari pasangan supaya Shahril jeles.

Aezwan- Lelaki yg kecewa dgn perempuan kerana ditipu kekasih, Fasya dan ditinggalkan oleh ibu kandung, Datin Nurbaiyah di rumah anak yatim. Fasya da kikis duit Aezwan RM300 ribu n melarikan diri. Aezwan terpaksa menutup sementara perniagaan sbb duit pusingan modal da takde. Dlm diam, kwn baiknya, Nick telah mendaftar nama Aezwan di Agensi Mencari Jodoh supaya Aezwan boleh melupakan Fasya. 

Bermula dari situ la, Aezwan dan Zafia dipertemukan dan berkenalan. Pelbagai adegan lucu yg berlaku spnjg perkenalan mereka. Tp sebelum dorg “dating”, dorg da pernah berjumpa dua kali tp kdua2 pertemuan tak mencatat kenangan manis utk dorg. Disebabkan perjanjian dgn Agensi Mencari Jodoh, mereka terpaksa berkahwin. Klu tak, mereka perlu bayar ganti rugi dua kali ganda dari yuran pndaftaran. So, dorg pun kahwin. Starting kahwin, Aezwan da syg kt Zafia Cuma Zafia still x boleh lupakan Shahril. Mcm2 yg berlaku pd awal perkahwinan dorg sbb perangai dorg sgt kontra. Aezwan sorg yg rajin, tp Zafia sorg yg mls. Zafia rimas sbb dia rse diri dia dikongkong. 

Rumahtangga dorg jgak diganggu Shahril. Shahril da perdayakan Zafia supaya mintak cerai kt Aezwan. Smpai 1 part tu, Shahril ditembak sbb nk slmtkan Zafia. So, Zafia makin serba salah n amek kputusan mntk cerai sbb nk balik pd Shahril. Aezwan terlalu kecewa n cdg utk berbaik ngn mak kandung dia n ke luar Negara. Bila Shahril sedar dari koma, dia mengaku yg dia tipu Zafia. Zafia x pk pnjg dah, trus dia tinggalkan Shahril. Lpas tu, Shahril meninggal dunia. Zafia nk kejar Aezwan tp x sempat. Kt KLIA, Zafia pengsan n bila sedar, dia berkenalan plak ngn Dr. Shahril yg jatuh cinta kt dia. Tp Zafia x bole trima sbb dia masih setia tggu suami dia pulang. Tmbhn plak, dia disahkan mengandung. So, dia kuat jalani hidup n bekerja utk kumpul duit utk g ke luar Negara cari suami dia. 

Selama 5 tahun, Zafia sabar n setia tggu suami dia. Pelbagai perkara n dugaan yg menimpa Zafia spnjg 5 tahun menunggu kepulangan suami dia. Selepas 5 tahun, bila jumpa semula, dia diceraikan kerana fitnah. Bila kebenaran terbongkar, Zafia da tawar hati nk terima Aezwan semula. 1tahun lebih kemudian, Zafia bangkit n brubah utk melupakn masa lampau yg perit. Pelbagai cara yg dilakukan Aezwan utk memikat semula Zafia. Dapatkah Aezwan memikat semula hati Zafia? Apa pula yg terjadi pd Dr Shahril? Apa sebenarnya yg terjadi pd Zafia selama 5 tahun menunggu kepulagan Aezwan? Apakah bentuk fitnah yg menjadi penyebab perceraian mereka? Klu nk tau, kenalah beli n baca novel Kata Tak Rindu.

Novel Kata Tak Rindu nie best (among the best by Siti Nur Dhuha). Sbb novel nie ade gabungan pelbagai elemen sedih, gembira, lawak, n mcm2 lg. pelbagai konflik yg ditimbulkan penulis n jln cerita disusun dgn baik smpai kita rasa xnk tinggalkan walau sehelai pun. Pd sy, crita nie ade 2 part-sedih n kelakar. Part awl n akhir crita, trdpt part2 lucu. Cthnya, part awl tu, mse Zafia n Aezwan mula berkenalan. Part akhir pn klakar, lebih2 lg mse Aezwan nk pikat semula Zafia. Pertengahan cerita plak, kbykannya sedih sbb mnceritakan Zafia mghadapi plbagai dugaan smasa mnunggu Aezwan dgn dibantu oleh Shahril. So kesimpulannya 3.5* utk novel nie…

tutorial: recent visitors





recent visitors @ pengunjung baru yang masuk dalam blog kita..
actually yana baru aje letak widget nieyh 
caranya mudah x perlu main coding-coding bagai lagi

meh yana tunjukkan

first korang perlu sign in blog . . 


klik add a gadget

search recent visitor pada kotak search
mcm gambar di bawah




then klik simbol tambah dan akan keluar
gambar dibawah


korang boleh edit mengikut kesesuaian blog masing-masing

dan klik save. . 

mudahkan , ,selamat mencuba






TUTORIAL : LINK IKLAN 8SHARE

hari nieyh yana nk ajr macam mana nk dapatkan link says @ 8share. .
bgi yang dh thu ,,ok,  , bagi yang xhu boleyh tgk tutorial kat bawah

nak sure korang dah ada 8share yang masih
belum ada boleyh daftar sini




lepas sign in 8share. . tekan special . .
korang tengok lha iklan yang masih available
kalau iklan yang kabur tue maknanya iklan
itu dah habis tempoh



contohnya yana pilih satu dari iklan kat atas. . 




iklan yang kita klik tadi



tandakan pada ayat yang korang rasa sesuai untuk iklan korang. .
sekaligus dapat menarik perhatian org untuk tengok iklan ini





dah pilih ayat yang sesuai, , korang boleh lha share
pada empat button macam gambar kat atas..



contohnya yana nak share iklan ni dalam fb. .
so tekan button share on fb. . dan akan keluar
gambar macam kat atas. .
macam mana nak thu link iklan kita ?
ok link iklan kita ada pada kotak yang yana merahkan tue.
boleyh copy paste link tersebut dan share di mana saja



share iklan dalam twitter pown sama jugak..
tekan share on twitter dan akan keluar gambar kat atas. .
dalam kotak merah itu link iklan 8share anda


selamat mencuba


jangan lupa klik sini

INCOME PERTAMA DARI SAYS / 8SHARE






alhamdulillah, , hari jumaat lepas yana dah cashout says
yana untuk kali pertamanya. . 
so hari nieyh dah hari khamis, , sesaje tengok email . . 

tengok2 pihak says ada hantar email . . 
diorang ada hantar check





kalau dah pihak says dah hantar check , , maknanya
duit dah bank - in dalam account bank yana. . . 



so yana terus buka account bank, , 
try check sama ada duit dh masuk @ belum .. . 
so buka-buka alhamdulillah
duit says yana yang pertama selamat berpindah ke dalam account yana. . 

ha x lama lagi yana nk cashout says untuk kali kedua pulak. . . 
about nuffnang pulak, , dah boleyh cashout
tapi sekali pown xpernah cashout, , sebab susah kowt. . 
cek akan dihantar ke rumah dah tue kena tunggu lama, , 
dah dapat cek kena pulak pe g bank , ,kalau nuffnang macam says kan senang
transfer terus je dalam bank , x payah menunggu lama. . 
entah sampai bila yana boleyh cashout nuffnang walaupown earning dah mencapai angka ***

korang yang belum daftar says dan teringin nak daftar. . 

Leuniey Natasha dah Bertudung ke ?




af10ea50c12311e2a0fd22000aa8039a_7

isteri kepada khairul fahmi che mat. . 
atau lebih dikenali sebagai apek. . 
sape lagi kalau bukan 
leuniey natasha, , yang kini bertudung


Leuniey Natasha & Khairul Fahmi
Dalam tak sedar, sudah hampir 5 bulan pasangan ini melangsungkan perkahwinan. Dan pada bulan Mac yang lepas, para peminat telah dikhabarkan dengan berita mengatakan Leuniey sudah pun mengandungkan anak Khairul Fahmi Che Mat.
Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak khabar angin tersebut, namun selepas melihat akaun Instagram Leuniey baru-baru ini, isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dipercayai sudah berhijrah.
Menerusi laman Instagramnya, Leuniey dilihat selesa dan tidak kekok memakai tudung. Dia yang berusia 22 tahun ini juga kelihatan lebih cantik dan menawan dengan tudung yang dipakainya.
Leuniey Natasha, gaya Leuniey dengan tudung dan juga spek mata hitamnya membuatkannya kelihatan seperti Abby Abadi. Anda rasa?
4e345cf6c1de11e2b7f822000a1fb726_7
Ada macam Abby Abadi tak?
kalau betul leuniey dah brhijab. .alhamdulillah
teruskan, , , yer :)

altimet mengamuk ? kenapa ?







Habis kecoh di laman Twitter yang Altimet sekarang ni tengah bengang marahkan sebuah syarikat pengurusan muzik gara-gara single terbarunya telah diperdengarkan di radio.
Melalui akaun Twitter milik Altimet, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kerana mereka telah merancang untuk mengeluarkan lagu baru itu selepas raya.
1
Konflik ini berpunca apabila pengurusan Warner Music dan label yang bekerjasama dengan Altimet, Kartel telah membocorkan single terbarunya itu. Mungkin ada salah faham dalam perancangan mereka yang membuatkan benda macam ni jadi.
2
Kami sendiri belum berkesempatan mendengar single terbaru oleh Altimet itu, tapi mereka yang telah mendengarnya di ERA fm mengatakan lagu itu sangat sedap dan mendapat sambutan yang cukup baik.
3
Tapi apapun respon positif yang diberikan peminat, Altimet masih tak mampu mengawal kekecewaannya bila rancangan tak berjalan seperti yang dirangka.
4

FREE SAMPLE DAH SAMPAI





alhamdulillah free sample yang yana resquest dh pown selamat
sampai menuju ke rumah yana dalam keadaan baik. . 
tQ jugak pada abang posmen yang x putus-putus berkunjung ke rumah yana, , :)



hari tue yana ada resquest free sample biore uv aqua. . 
cosmetic dari jepun nieyh. . .
agak lama jugak yana request cream nieyh. . .
so hari ini dah sampai pown. . .

bila buka sampul surat tersebut, , macam rasa bau limau jew. . 
buka isi dalam tengok oh biore uv aqua rupanya. . 
serius wangi sangat krim nieyh. . 
try sapu sikit kt pp cream nieyh. . . 
terbau limau yang amat menenangkan. . .  

biore uv aqua nieyh adik beradik sunblock jugak. . 
melindungi kulit kita dari panas matahari. . .
kalau nak keluar rumah elok lha pakai krim nieyh. . . 




satu lagi free sample nieyh. . ini untuk kucing. . 
yana resquest whiskas untuk si kucing comel yana. . 
agak lama jugak kena tunggu beberapa minggu baru sampai sample whiskas nieyh. . 
so boleyh bagi kucing yana try nak tnya diorang sedap x makan whiskas nieyh,,hehe
x kan yana pulak nak rasa kn, , 

actually dapat 2 sample, , ingatkan kecil aje,,rupa-rupanya besar jugak. . 
boleyh thn 3 @ 4 hari si kucing makan...


apa-apa pown masih menanti produk lain lagi
yang yana resquest. . harap-harap akan sampai secepat mungkin dirumah. . 
sapa yang x suka kan dapat produk free :)


Samarinda: Epilog Cinta Kirana







drama terbaru yang akan disiarkan di tv3 pada 22 mei ini. . 
dalam slot samarinda iaitu drama EPILOG CINTA KIRANA

yang menariknya yana tak sabar nak tengok citer nieyh 
nak tahu sebab apa. . penyanyi singapura
yang terkenal dengan lagu 'SAYANG-SAYANG'
iaitu alif aziz. . bakal berlakon dalam drama nieyh



x sabar nak tunggu kemunculan alif aziz dalam drama tersebut. . 

ok buat pengetahuan korang jugak, , drama nieyh
diadaptasikan dari novel jugak..
tapi novel tersebut bukan nama EPILOG CINTA KIRANA
tapi nama novel tue 'MENCARI JALAN KE SYURGA'




Para pelakon yang bakal menjayakan drama ni adalah Tasha Shilla ( dayang kirana ),Rozita Che Wan ,Shukri Yahaya dan Aliff Aziz,nazim othman.


jom baca sinopsis tersebut..



Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. 
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

 

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik






Nama Siti Nurdiana atau lebih dikenali sebagai Nana, sememang sudah sebati dengan pasangan duetnya Achik Spin, namun ajal telah menjemput Achik pergi terlebih dahulu akibat daripada kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Selepas pemergian Achik, nampaknya Nana seolah hilang pasangan duet yang terbaik yang tak mungkin dicari ganti.
Achik dan Nana nama yang begitu sinomin untuk pasangan duet sehingga digelar pasangan duet popular sekitar tahun 2000 dan pernah digosipkan bercinta. Namun, gosip percintaan itu terhenti apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Seperti yang kita tahu, suara arwah Achik Spin mempunyai keunikan tersendiri dan sukar disamakan oleh penyanyi lain. Biarpun ketiadaan Achik, Nana tetap akan mendendangkan lagu hits mereka berdua iaitu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Luahan Hati Kekasih dan Resipi Berkasih setiap kali persembahannya kerana itu adalah peminatnya sendiri.
Bagi Nana sendiri kenangan manis bersama arwah Achik sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara Solo.


Namun, sejak kebelakangan ini Nana dilihat sering berduet dengan seorang lelaki yang suaranya persis arwah Achik ketika mendendangkan lagu duet di setiap persembahannya. Ramai yang menggangap Nana sudahpun temui pengganti arwah Achik sebagai pasangan duet.
“Tetapi apabila peminat dah minta, terpaksalah saya menyanyikannya juga. Bagaimanapun sekarang saya sudah ada pengganti Achik tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.
“Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terus terpegun.
“Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.
“Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi,” jelas Nana.

 
Kami berkesempatan untuk menemubual dengan Alan sendiri tentang adakah dia akan serius menyanyi dan sekaligus menjadi pengganti arwah Achik. Alan, berkata dia tiada niat untuk menggantikan arwah Achik kerana keunikkan suara arwah tiada tandingan.
Malah Alan memberitahu bahawa dia menyanyi bersama Nana hanya sekadar suka-suka dan tidak berniat untuk masuk secara serius dalam industri hiburan tanahair, dan turut mengakui dia memang sudah lama meminati pasangan duet Achik dan Nana.

lagu terbaru siti nordiana
versi baru lagu siti nordiana
klip video