ADAKAH SPONSER PENIPU ATAU SEBALIKNYA?

adakah sponser penipu atau sebaliknya ? 
kenapa yana kata begitu. .  


ok. . bukan bermakna nak tuduh mereka
sebagai sponser penipu ok. .
sekian lamanya join contest dalam blog
x kira la segmen @ GA yang diadakan 
di dalam blog. . . .


serius yana cakap terkilan dengan sikap sponser
yang endah x endah jew. . .
kes ini yana menang topup 
hasil join contest dalam blog. . 
nieyh semua hanya topup. . 
bukan barangan lain lagi macam tudung bebagai..
bila dah menang, , yana PM
 diorang ada yang bagi response dan
janji tarikh begini nk kasi, , 
tapi bila sampai tarikh yang dijanji x ditunai pown. .


ada jugak bila yana PM. . 
diorang xresponse. . 
diam seribu bahasa. . erghh geram betul . .
kalau bz sekali pown cakap aje. . 
yana akan fhm ini tidak, , response ape pown x bagi. . 
geram jugak lha, , kalau x nak kasi hadiah yg yana menang tue
cakap aje terus terang. . kan senang..
xdew susah-susah yana nk PM korang byk2 kali, , 
dan yana akan ignore sponser- sponser yg
bersikap seribu kali tidak jujur nieyh























kesemua topup yang yana menang berjumlah rm25. . 
tapi belum dapat lagi..
entah bila agaknya akan dapat. . 
entah dapat @ tidak , , yana x tahu lha. . 


*alhamdulillah, , seorang sponser dh tunaikan janji dia pada
yana, , dia dh topap rm5, , 
sedang menunggu rm20 lagi..

sinopsis novel ;aku pilih dia

hari nieyh nk review novel
kt atas tue,,apa nama novel tue...
'aku pilih dia, , , 

Permulaan cerita ni boring sikit dengan gaya bahasa yang agak skema
. tapi masih ok, tak lah boring sgt 
Lama kelamaan novel ni mmg best
. kisah Johanna,seorang wartawan bagi akhbar SUARA KOTA
. berkawan baik dengan si Raif Imran,
seorang jejaka yang sgt friendly dan mudah mesra meskipun anak org kaya. plg penting,
 Raif tu sweet talker haha.

Johanna ni pernah kehilangan tunang tersayang 3 bulan
 sebelum tarikh ijab kabul. semenjak tu,dia x pernah bercinta semula.
 tapi dia teman tapi mesra dengan Raif. 
Sampai satu masa, bekas bakal mertua dia nak jodohkan Johanna dgn ank sedaranya 
@ sepupu arwah khalil. Tapi Taufik ni ada something wrong dgn dia. apa dia ??
Taufik begitu, Raif begini, Johanna jumpa pula dengan seorang lelaki kacak 
anak kacukan di stesen minyak. Ian Redza. pada pandangan pertama, dua2 pon dah mula merasakan tarikan antara satu sama lain 

apa yg yana suka tentang novel ni
, salah satunya banyak pengetahuan yang dpt saya kutip
. penulis berkongsi bnyk maklumat seperti selok belok dunia perniagaan
 dan skop kerja seorang wartawan & banyak lagi.
 maksudnya ada isi dan dan tidaklah kosong semata2.
 suka dengan slanga Eng-Scottish Ian. lawak je. dari sisi romantik pulak,
 novel ni tak lah romantik sgt tp percintaan Ian & Johanna sgt sweet.
 baca pon senyum je.
apa2 pon novel ni bestt. 3.5*

keputusan liga super pahang vs selangor 7 mei 2013






pahangvsselangor Keputusan Pahang vs Selangor 7 Mei 2013   Liga Super

Perlawanan yang amat sengit dan menarik dimana kedua dua pasukan ingin mendapatkan tiga mata penuh bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga iaitu Lions XII.
Keputusan petang tadi telah menyaksikan Lions XII telah berjaya menewaskan Terengganu 2-1.
Aksi antara Pahang melawan Selangor boleh disaksikan melalui saluran Astro Arena 801 bermula jam 8.45 malam ini. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Bagaimanapun hasil dari perlawanan tersebut pahang hanya mampu seri dengan selangor dan tidak berjaya membalas dendam untuk mengutip 3 mata penuh ketika mereka dikecewakan oleh selangor di stadium shah alam pada pusingan pertama dengan kekalahan 3-2.
KEPUTUSAN PENUH :
PAHANG (2)
VS
SELANGOR (2)

Keputusan Liga Super Kelantan vs Felda United 7 mei 2013

Felda United vs Kelantan liga super keputusan kelantan vs felda united 7 mei 2013
Pasukan Kelantan turun dengan misi penting iaitu mencari tiga mata dalam pertemuan Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini
Ia adalah bagi memastikan kedudukan pasukan itu dalam carta liga tidak terlalu jauh ditinggalkan pasukan utama
Selain itu, kemenangan penting buat pasukan mereka membaiki kedudukan dalam liga untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik
Dibawah adalah keputusan yang dikemaskini perlawanan di antara Kelantan lawan Felda United



keputusan akhir

kelantan 3
felda united 0


sinopsis novel ;Giler Kau?







yana baru je habis baca novel giler kau.
 Novel ni ok dan gaya bahasa yang digunakan
 sangat santai untuk membacanya serta lucu.

Novel giler kau ni lebih mengisahkan percintaan antara intan azura 
dengan shahrul iskandar yang bermula dengan pertemuan
 diaorang secara tidak sengaja dalam satu kejadian. Pertemuan pertama dah dimulakan dengan pergaduah yang disebabkan kecuaian intan dan salah faham.
 Shah dengan intan memang tidak boleh bertemu mesti
 ada benda yang nak digaduhkan ibarat anjing dengan kucing.

 Keadaan bertambah parah bila hidup berjiran.
 Sebenarnya diaorang tak tahu dari situ bermula kisah cinta mereka tapi masing ego. 
Tiba-tiba muncul lak lelaki yang sangat romantic yang membuatkan
 intan jatuh cinta dan hamper berkahwin dengan Lokman
. Intan dan lokman merancang perkahwinan mereka tapi
 intan bersanding dengan Shah pula disebabkan pad hari perkahwinan Lokman menghilangkan diri. Kira ni ibarat bercinta dengan orang lain 
tapi kahwin dengan orang lain. 

Alam rumah tangga Shah dan Intan 
mengalami banyak dugaan dan kisah lawak, 
yala diaorang kan musuh tradisi mesti ada benda yang hendak digaduhkan.
 Biarpun sentiasa bergaduh itu la sebenarnya keindahan
 rumah tangga intan dan shah sehingga menerbitnya cinta dan sayang dihati diaorang.
 Tapi hubungan intan dan shah hadapi dugaan bila kemunculan 
semula lokman yang menagih cintanya kembali dan kehadiran Zaireen yang sentiasa memburu cinta shah dari dulu lagi. 
Novel ni best dan kalau kawan-kawan nak tahu kisah diaorang ni jangan lupa beli novel ni. Anda akan rasa puas hati.

Live Streaming Kelantan vs Felda United 7 Mei 2013








Kelantan turun dengan misi mencari tiga mata dalam pertemuan Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bagi memastikan kedudukan mereka dalam carta liga tidak terlalu jauh ditinggalkan pasukan utama. Jangan lupa untuk menyaksikan Live Streaming Kelantan vs Felda United 7 Mei 2013 secara online

BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam?

FOTO (1): Saiful berada jauh dari Mulatazam

FOTO (2): Di dalam video saiful mengatakan beliau bersumpah di hadapan Multazam. 
Kenapa di dalam video Saiful tidak berada betul2 di MULTAZAM? Takkan dah pergi dua kali ke Kaabah TAPI TIDAK TAHU LOKASI MULTAZAM?

FOTO (3): Kenapa kedudukan MAKAM IBRAHIM di sebelah 'kiri bahu belakang' Saiful (di dalam video). Jika benar saiful bersumpah depan MULTAZAM, sepatutnya kedudukan MAKAM IBRAHIM adalah di sebelah 'kanan bahu nelakang' saiful.

FOTO (4): Kedudukan Saiful (dalam video) adalah jauh dari MULTAZAM tetapi bersumpah dlm video pula di depan MULTAZAM plak. Mana satu yang betul?

PERSOALAN LAIN:
1) Mengapa kedudukan(ketinggian) Saiful nampak lebih tinggi dr jemaah yg lain sedangkan kita tahu jemaah M'sia lebih rendah/ kecil dr jemaah lain/ bangsa arab?
2) Mengapa suara Saiful lebih jelas spt tidak berada dikawasan yg bising atau ramai org?
3) Mengapa jarak antara Saiful dan 'cameraman' atau kamera saiful sendiri(pegang) LANGSUNG TIDAK BERGOYANG atau berubah-ubah tempat? Statik sahaja. PELIKnya Saiful langsung tidak bergoyang atau berlanggar sesama jemaah wpon berada di kawasan yg berhimpit2 dgn jemaah lain.
4) Mengapa 'background' berpusing begitu ketara sedangkan 'gap antara Saiful dgn kamera langsung tak berubah?
5) Mengapa baru sekarang (pilihanraya) nak dikecohkan? Adakah ini strategi Saiful bersama UMNO-BN? Wallahualam...

Sama2 lah kita nilaikan. Hanya Allah saja yg Maha Mengetahui.

Gaya Selebriti Tempatan Popular Dengan T-Shirt PRU13




Gaya Selebriti Tempatan Popular Dengan T-Shirt PRU13

Demam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) ternyata bukan sahaja melanda wakil rakyat atau individu yang sibuk bertanding, tetapi nampaknya ia turut selebriti popular tanah air.
Di atas semangat Barisan Nasional (BN) dan mesej keamanan serta kemajuan, beberapa selebriti popular seperti lagenda rock, Amy Search, Datuk Aznil Hj Nawawi, Iqram Dinzly, Karl Shafek, Erma Fatima dan Ziela Jalil adalah di antara yang sanggup turun padang berkempen.


Gaya Selebriti Tempatan Popular Dengan T-Shirt PRU13
Mereka bukan sahaja memeriahkan acara berkempen di beberapa lokasi tertentu, malahan juga turut menggayakan persalinan seperti T-Shirt dan juga topi yang tertera mesej tertentu daripada parti kerajaan, BN.



Pelbagai warna dan corak ditampilkan BN untuk persalinan rekaan mereka yang kebanyakannya diedarkan kepada penyokong parti berkenaan tidak kira di mana juga mereka berada sepanjang musim berkempen diadakan.
Antara yang menarik perhatian ialah T-Shirt yang tertera perkataan 'progres', 'peace' dan 'stability' yang mengetengahkan corak moden lagi ringkas. Sesuai untuk jiwa muda-mudi masa kini.

Tidak ketinggalan juga topi pelbagai corak dan warna yang ditampilkan dalam gaya yang lebih terkini, seakan seperti mahu bersukan.


Gaya Selebriti Tempatan Popular Dengan T-Shirt PRU13
Penyanyi popular dan juga ikon fesyen, Amy Search yang merupakan salah seorang individu yang mengikuti kempen PRU13 berkata dia cukup tertarik dengan warna serta corak kemeja-T leher bulat parti BN yang pelbagai.
"Sejak mula menyertai kempen, saya sudah mula menyarungkan T-Shirt yang menarik ini. Malah semakin dekat dengan pilihan raya, maka setiap harilah saya memakainya. Saya sukakan dengan coraknya kali ini yang lebih segar dan sesuai untuk dipakai sebagai pakaian seharian. Cantik pun cantik," katanya.
Amy Search cukup bertuah kerana dia bijak menggayakan setiap T-Shirt pelbagai warna yang diterimanya dengan denim ringkas dan cermin mata gelap Ray Ban miliknya.
Malah isteri serta anak tercinta Amy Search turut tidak ketinggalan sering menggayakan T-Shirt berkenan walau di mana juga mereka berada.
Jika tidak menggayakan topi 'Stability', dia akan memilih topinya sendiri atau beanie hat yang sekali gus menjadikan penampilan Amy Search sememangnya Stailista.

Live Streaming Terengganu vs Lions XII 7 Mei 2013 - Liga Super 2013








Live Streaming Terengganu vs Lions XII 7 Mei 2013 - Liga Super 2013 | Pertemuan antara pasukan Terengganu vs Lions XII pastinya menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan antara Terengganu vs Lions XII akan berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah  pada jam 4.45 Petang.


Bagi yang tidak dapat turun ke Stadium, anda boleh juga menyaksikan perlawanan Terengganu vs Lions XII  secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 4.45 PM dan boleh jugak di tonton melalui online live streaming dengan klik link di bawah.

Live Streaming Terengganu vs Lions XII 7 Mei 2013

LINK 0 | LINK 1 | LINK 2 | LINK 3