cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Assalamualaikum dan salam sejahtera

PERTABALAN AGONG, ADAT ISTIADAT PERTABALAN AGONG, TATACARA PERTABALAN AGONG

APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ?  Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong ? Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong? Hari ini kita akan kupas secara mendalam bagaimana proses Pertabalan Yang Dipertuan Agong itu berlaku.

YDPA - Yang Dipertuan Agong
DPML - Datuk Paduka Maharaja Lela
DPI - Datuk Penghulu Istiadat



Istiadat Pertabalan YDPA selalunya akan diadakan beberapa bulan selepas pemilihan YDPA yang baharu oleh Majlis Raja-Raja. Pertabalan ini hanya bersifat “ceremonial” sahaja kerana YDPA yang baru dipilih itu akan terus berkhidmat sebaik sahaja Baginda mengangkat sumpah jawatan



Istiadat pertabalan ini merupakan gabungan “hybrid” daripada upacara2 yang terdapat di negeri-negeri diraja Malaysia. Semua dari upacara negeri-negeri ini (Kecuali negeri Johor) mempunyai satu persamaan: Mereka tidak menggunakan mahkota, tetapi menggunakan Tengkolok Diraja.



Tepat 10 pagi pada hari Pertabalan, Baginda YDPA bersama Raja Permaisuri akan memasuki Balairong Seri, Istana Negara, diumumkan oleh Pengerusi UpacaraSebaik sahaja Baginda berada di pintu masuk utama Balairong Seri, Nobat akan dimainkan. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja terdiri daripada enam jenis iaitu Serunai, Nafiri, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong





Baginda YDPA serta Raja Permaisuri Agong akan berjalan masuk ke Balairong Seri, diikuti dengan pemegang Regalia Diraja seperti Cokmar, Cogan Alam, Cogan Agama dan lain lagi .Setelah mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) akan mengundur dan mengumumkan secara rasminya bermula Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selepas pengumuman tersebut, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran lain bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri.

Antara Alat Kebesaran yang digunakan semasa upacara pertabalan adalah:


1) Al-Quran
2) Keris Kerajaan (Keris Panjang Diraja)
3) Watikah Pengisytiharan
4) Watikah Ikrar (Perlantikan)

DPML kemudian akan meminta kebenaran Baginda YDPA untuk membawa “Regalia” Diraja yang lain untuk pemasangan.


Setelah diperkenankan, DPI akan mengetuai rombongan kedua yang kali ini membawa Quran, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan & Watikah Perlantikan.
Pada ketika ini kumpulan Nobat akan memainkan lagu “Menjunjung Duli” dah Al-Quran akan diberikan kepada Baginda YDPA.

Baginda akan seterusnya mencukup Al-Quran tersebut. Ini simbolik melambangkan peranan YDPA sebagai Ketua Agama Islam Malaysia .Datuk Paduka Maharaja Lela seterusnya akan menjemput YAB Perdana Menteri untuk membacakan Watikah Pengisytiharan.



Upacara seterusnya adalah penyerahan Keris Kerajaan kepada Baginda YDPA. Penyerahan ini juga akan dilakukan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dimana beliau akan menerima dulang daripada Datuk Penghulu Istiadat, melutut dan mempersembahkan Keris.Baginda YDPA akan menerima Keris itu, kemudian mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Selepas mencium Keris tersebut, Yang Dipertuan Agong akan diberi Watikah Perlantikan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela melalui Datuk Penghulu Istiadat (DPI), dan kemudian akan membacanya dengan kuat. Para hadirin di Istana akan berdiri tegak sebagai tanda hormat.

Setelah YDPA selesai membacanya, watikah tersebut akan diberikan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela & seterusnya kepada Datuk Istiadat, untuk diletakkan kembali atas Dulang Emas



Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan mengetuai Hadirin Istana dalam melaungkan “Daulat Tuanku!” x3
Ini akan kemudian diikuti dengan Lagu Negaraku yang akan dimainkan oleh orkestra Angkatan Tentera Malaysia yang diiringi dengan salut pistol 21 das untuk menghormati pertabalan YDPA yang baharu. Selepas Lagu Kebangsaan berkumandang di Istana, ucapan tahniah akan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri.

Ucapan PM ini selalunya mengandungi janji kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Diraja bagi pihak Rakyat Malaysia .Selepas ucapan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong pula akan memberikan Titah Ucapan pertamanya dari Takhta kepada seluruh negara di Ruang Takhta, yang menggariskan prospek dan impiannya dalam masa pemerintahanya sebagai ketua negara Malaysia.Selepas Titah Ucapan Baginda, Pegawai Agama Istana Negara akan membaca Doa Selamat, untuk meminta Allah SWT merahmati pemerintahan YDPA baharu serta negara

Bagi menutup majlis, Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan YDPA untuk mengemukakan bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri. Nobat pada waktu ini akan memainkan lagu “Raja Berangkat”


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati. lagi sedih bila lelaki yang akan kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.


Tapi, jangan risau. CCL nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.

TUDUNG, TUDUNG PEREMPUAN,TIPS PEMAKAIAN TUDUNG,TIPS PEMILIHAN TUDUNG



1. Tudung konyok

Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.Lepas tu mula cakap perempuan ni siap,berjam-jam . Heheh .


2. Susah nak bentuk

Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!.Korang pernah alami tak ? Semestinya pernah bukan termasuklah CCL juga. Tapi sekarang rata-rata ada jual "spray pengeras tudung" function dia untuk awning terbentuk dengan elok . 


3. Tudung comot

Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyak. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa! . Kalau warna tudung tu sedikit gelap CCL tak kisahlah . Sebab takde nak nampak sangat kesan tepercik kuah laksa,mee kari bagai tue . Yang kisahnya kalau pakai tudung warna-warna nude . Alahaiiii ... 


4. Tudung bau asap

Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni? Sakit hatikan..So CCL  nak tanya ada tak yang jual tudung anti asap .hahaha . 


5. Kain tudung licin

Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, CCL tetap cuba.tapi koleksi tusung jenis sarin ni tak berapa banyak CCL ada . Tak sampai 5 helai pun .Cuma tu la, bila pakai tudung satin ni sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, time suap makan ke mulut tudung mula kedepan . Alahaiii stresss uols . hmm boleh bikin mood swing jugak tu.


So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini puncanya .

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PEMEGANG KAD EKSPRESS PENJIMATAN SEHINGGA 50% Berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!

Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.



Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di 
http://www.dominos.com.my/.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI : KUIH KETAYAP PELANGI INTI KELAPA Wow! Just as tasty as the traditional kuih ketayap, but better! Cantik kan? Kuih Ketayap Pelangi ni .nampak menarik bukan , tapi inti didalamnya tetap sama . 


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


Bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
2 1/2 cawan air
Secubit garam
Pewarna ikut suka


Cara-cara

1) Blend semua bahan hingga sebati


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


2) Panaskan kuali non stick (api perlahan) sapu nipis minyak. Asingkan adunan warna pelangi. Boleh tuang adunan warna dalam piping bag atau botol kecil yg bermuncung. Picit,tekan untuk buat jalur/belang mengikut kreativiti sendiri.


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


3) Ambil sesenduk adunan tuang atas belang yg kita buat tadi (buat ni kena cepat ye)..lenggangkan kuali bagi rata adunan

4) Boleh angkat isi inti kelapa, gulung sedikit lipat kiri & kanan.gulung semua .Siap Boleh dihidang


Inti Kelapa

Kelapa parut separuh
1/2 cawan gula merah
Sedikit gula pasir
Secubit garam
Sedikit air
1 sudu tepung ubi
1-2 helai daun pandan

Cara-cara

Masak gula sampai larut, masukkan kelapa parut,garam,tepung gandum/tepung ubi .biar kering sikit.. Siap


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ►  2026 (49)
    • ►  Februari (31)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ▼  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ▼  Julai (4)
      • APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YA...
      • TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING...
      • DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PEMEGANG KAD EKSPRES...
      • RESEPI : KUIH KETAYAP PELANGI INTI KELAPA
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (474)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (65)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • cikcappuccinolatte
    Doughnuts Ball | Khairul Aming
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Berbuka 8 Ramadan 1447H
  • Blog Begins At Forty
    February 26, 2026
  • SURIA AMANDA
    Menu Iftar Day 7
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: TAHNIAH ABANG MUEEZ :.
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 7
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Menu berbuka 7 Ramadan
  • KakmimDotCom
    Aktiviti Cuti Tahun Baru Cina
  • Coffee Break With Me
    Breakfast Date dengan Ex-Colleagues di Bintulu @ Flint
  • Bola Katok
    Sampul duit raya Ejen Ali 2026.
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Baju belang
  • Sii Nurul
    Jangan Tinggal 10 Amalan Sunat Ini di Bulan Ramadan
  • Hidup Itu Indah
    Menu Berbuka Puasa - Hari Ke 3
  • Drawing the Words
    Dapat Hadiah Dari Blogger Kak Notie
  • Ciktom
    Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next-Gen Camera Capabilities and Iconic Style
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • Ayam Pop | Khairul Aming
  • Mantou Buttermilk Sauce | Khairul Aming
  • Cantonese Yee Mee| Khairul Aming
  • Puding Karamel | Khairul Aming
  • Sambal Tempe | Khairul Aming
  • Nasi Kukus Ayam Berempah | Khairul Aming
  • Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai | Khairul Aming
  • Ayam Peri-Peri | Khairul Aming
  • Dessert S'mores Dip | Khairul Aming
  • Nasi Goreng Cili Kering | Khairul Aming

JANUARY 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte