SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG & TARIKH BAYARAN RM100 MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bantuan sara hidup rakyat, bantuan sara hidup rakyat 2019, bantuan sara hidup rakyat bagi individu bujang, semak bantuan sara hidup rakyat individu bujang

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG & TARIKH BAYARAN RM100 MAC 2019 Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH) 2019 Dikembalikan.Kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang sebanyak RM100 kepada individu yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018.

Dijangka 3 juta golongan bujang akan menerima bantuan ini.Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bagaimanapun kerajaan belum memuktamadkan jumlah keseluruhan bantuan yang akan diterima bagi golongan bujang.


SEMAKAN BSH BUJANG
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang. Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.

RESEPI KOBIS ROLL YANG SIHAT & BERKHASIAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL



RESEPI KOBIS ROLL  YANG SIHAT & BERKHASIAT  Nak diet memang mencabar, otak pun kena kreatif nak fikirkan hidangan yang sihat tapi tetap menyelerakan dan berkhasiat.
Bagi yang dah ‘kering idea’ tu, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap!

RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL


BAHAN-BAHAN KOBIS ROLL
·        Kubis (untuk roll)
·        Daun bawang (untuk mengikat)
·        Daging kisar / ayam kisar
·        1/2 biji bawang holland cincang
·        1/2 btg carrot cincang
·        Cili merah cincang
·        Hirisan daun bawang
·        Garam
·        Serbuk lada hitam
·        Minyak bijan – 1 sudu 


CARA-CARA MEMBUAT KOBIS ROLL

RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL


1.Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak. CCL guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2.Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih. Daun bawang pun dicelur sekejap.
3.sediakan Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung. Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas. Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak. Gaul sebati.
4.Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5.Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6.Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.



DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PENGALAMAN "EGG-CITING" BERSAMA "EGGSTRA SHIOK" ROYALE SALTED EGG PIZZA YANG BARU

Assalamualaikum & salam sejahtera



DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PENGALAMAN "EGG-CITING" BERSAMA "EGGSTRA SHIOK" ROYALE SALTED EGG PIZZA YANG BARU Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan dengan piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra Kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.


Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut.
  
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”


Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.



Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.75 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.30 atau RM9.25 sebagai ala carte.

Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.

CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE


Assalamualaikum dan salam sejahtera 





CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE   Zaman sekarang ni dah serba mudah, semuanya boleh buat online. korang yangnak semak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, korang dah tak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter lagi. Dengan perkhidmatan i-Akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan korang dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa saja.
Mudah sangat, terutamanya bagi korang yang nak buat pengeluaran atas keperluan tertentu – contohnya nak beli rumah atau daftar haji dengan Tabung Haji. Kalau ada caruman yang mencukupi, boleh guna duit KWSP dan tak perlu guna wang simpanan lagi.

Jadi, untuk semak KWSP online, kita kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.

1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, korang perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.Kalau nak tahu Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan lokasi anda, boleh rujuk di SINI.
Di kaunter nanti, korang akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!
penyata kwsp online


2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP

Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.
Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

semak penyata kwsp online

Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.

3. TUKAR ID & KATA LALUAN

Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan . Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.
Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, korang akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.

4. SEMAK PENYATA KWSP ONLINE / BAKI TERKINI

Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak penyata KWSP secara online.
Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.

5. BOLEH JUGA MOHON PENGELUARAN
Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja. Kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Contohnya, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.


Kalau tengok pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP ini termasuklah:
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

So, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP. Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah kan?

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun 
klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

HOT DOMINO’S PIZZA DEALS EXCLUSIVELY ON SHOPEE



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Domino pizza , tawaran domino pizza , kolaborasi domino pizza bersama shopee,


HOT DOMINO’S PIZZA DEALS EXCLUSIVELY ON SHOPEE. Tawaran pizza yang tidak dapat dinafikan semasa Tahun Baru Cina.Para pencinta Domino Pizza boleh bergembira kerana jenama pizza kini secara rasmi di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Secara eksklusif untuk pengguna Shopee sahaja, pencinta pizza akan dapat menikmati tawaran yang menggembirakan yang dapat membuktikan sangat sukar untuk mengatakan tidak.


Domino's Pizza Malaysia pertama kali bermula pada tahun 1997 dan telah memperluaskan jejaknya ke lebih 230 kedai di seluruh negara. Ia terkenal dengan pengalaman pizza yang muktamadnya, yang menawarkan jaminan kepuasan produk, jaminan penghantaran 30 minit dan jaminan selama 15 minit. Menerusi janji jenama itu All About You, Domino memperluaskan kemudahan dan tawaran eksklusifnya kepada pelanggan Shopee musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Kedai rasmi di Shopee akan menjual baucar yang membawa promosi istimewa supaya pengguna boleh membeli baucer sebelum menggunakannya di laman web atau outlet Domino.


Selain kedai rasmi di Shopee, laman web rasmi Domino, www.dominos.com.my dibungkus dengan maklumat berguna, menu dan program kesetiaan jenama. Ia juga sudah tentu di mana pelanggan boleh meletakkan pesanan dalam talian untuk pizza kegemaran mereka.

Domino pizza , tawaran domino pizza , kolaborasi domino pizza bersama shopee,


Bersempena dengan pelancaran rasmi pada Shopee serta untuk meraikan Tahun Baru Cina dan semangat perjumpaan keluarga, Domino's Pizza akan memperluaskan bukan satu, bukan dua, tetapi tiga tawaran gila yang akan memanggil kebanyakan citarasa perhatian.Dari 1 hingga 5 Februari 2019, pengguna Shopee boleh menikmati beberapa Kejutan Jualan dengan penjimatan sehingga 68%, berlaku sepanjang hari pada masa yang berlainan. Tinggal di aplikasi atau laman Pembeli untuk menjadi yang bertuah untuk menangkap Jualan Terkejut dan nikmati harga terendah dari Domino.


Pada hari pertama, membeli satu pizza biasa hanya RM8.80 (bernilai RM26.50), manakala dari 2 hingga 4 Februari, pengguna menikmati pizza yang besar dengan harga RM18.80 (bernilai RM35.65). Ini adalah terhad kepada satu pembelian bagi setiap pengguna Pembeli dan sah untuk takeaway atau makan.Pada 5 Februari, ketika tiba masanya untuk menyelenggarakan pesta perjumpaan kembali dari semua memasak dan membersihkan, memesan pizza ekstra besar untuk hanya RM28.80 (bernilai RM45.10) untuk semua orang di rumah. Ia hanya terhad kepada satu pembelian bagi setiap pengguna Pembeli, dan sah untuk penghantaran, takeaway atau makan.


Baucer, yang pernah dibeli dari kedai rasmi Domino's Pizza di Shopee, boleh ditebus di seluruh cawangan Domino di Malaysia untuk dibawa pulang atau makan. Bagi mereka yang suka pizza mereka dihantar ke pintu depan, mereka perlu log masuk ke www.dominos.com.my dan masukkan kod kupon, nombor siri dan tarikh luput. Pilih tawaran dan klik "Tebus" sebelum melengkapkan pesanan.

Kami dengan senang hati bekerjasama dengan Shopee kerana ia membolehkan kami menjangkau 16 juta pelanggan yang kukuh. Melalui ini, kami dapat terus memberikan nilai yang lebih besar untuk pengguna Shopee yang suka pizza dengan hanya satu klik dan ini adalah sejajar dengan janji kami untuk memberikan nilai dan kemudahan yang lebih besar kepada pelanggan kami. Dengan Tahun Baru Cina di sekitar sudut, dan bersama dengan sambutan bertema Kongsi Fa Cai Shopee, pelancaran kedai rasmi Domino di Shopee tepat pada masanya kerana rakyat Malaysia kini boleh menikmati pizza Domino dengan rakan-rakan dan keluarga mereka semasa mereka merayakan musim perayaan atau menikmati rehat yang baik. Seperti ungkapan, 'keluarga yang makan bersama-sama, tetap bersama', "kata Linda Hassan, Naib Presiden Pemasaran Kanan, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura.Lebih "topping" untuk menggigit


Perayaan ini berterusan sehingga 31 Mac 2019 kerana perkara-perkara terbaik adalah untuk dimanfaatkan selagi mungkin. Kedai rasmi Domino di Shopee akan terus menjual baucar mulut. Terma dan syarat dikenakan, dan surcaj dikenakan juga.

Tawaran Makan Malam / Makan: Perbelanjaan RM15.90 untuk kombo Pizza Biasa dan Roti Twisty atau RM26.50 untuk Pizza Besar dan Breadstix.
Penghantaran: Domino menawarkan tiga hidangan biasa dan hidangan sayap ayam di hanya RM56.18; kombo satu pizza biasa, satu pisang kaya 6 inci dan satu minuman ringan hanya RM23.32, dan lima pizza biasa hanya RM69.96. Tawaran ini juga diperluaskan untuk mengambil tempat makan dan makan malam.


Tawaran Makan Malam / Makan: Perbelanjaan RM15.90 untuk kombo Pizza Biasa dan Roti Twisty atau RM26.50 untuk Pizza Besar dan Breadstix.
Penghantaran: Domino menawarkan tiga hidangan biasa dan hidangan sayap ayam di hanya RM56.18; kombo satu pizza biasa, satu pisang kaya 6 inci dan satu minuman ringan hanya RM23.32, dan lima pizza biasa hanya RM69.96. Tawaran ini juga diperluaskan untuk mengambil tempat makan dan makan malam.