Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : TELUR DADAR TIRAM
bahan - bahan
- 200gm tiram
- 5 biji telur
- daun bawang dihiris halus
- 1 tangkai cili merah dipotong halus
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil gula
- garam
- lada sulah
- minyak
cara membuat
1.Panaskan minyak dalam kuali . pukul 5 biji telur ayam bersama sos ikan , garam dan lada sulah
2.masukkan telur yang sudah dipukul ke dalam kuali panas .
3.Taburkan tiram ,daun bawang dan juga cili merah yang sudah dipotong halus .
4.masak sehingga cukup kental untuk dibalikkan dan siap dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
ANGGUN BERGAYA APABILA MEMAKAI SHAWL THALIA MERMAID CHARMING SERIES KELUARAN SOFEAROSE HQ | Wanita dan fesyen tudung memang tak dapat dipisahkan sama sekali . Bagi CCL sendiri fenomena tudung ni memang sudah menguasai dunia hijabista di Malaysia malah seluruh pelusuk negara bermula dengan inspirasi dari hijabista artis-artis yang mengayakannya sehinggalah kini ramai yang CCL tengok memilih shawl mahupun tudung bawal sebagai pelengkap gaya seharian . Untuk pengetahuan korang juga CCL salah sorang penggemar dan pemakai selendang (shawl) . Boleh dikatakan koleksi warna shawl yang CCL ada memang korang tak dapat bayangkan betapa banyak koleksi.tapi ada juga shawl yang tak sedap dipakai disebabkan kualiti fabrik yang tak seberapa .

Berdasarkan apa yang CCL perhatikan , setiap tahun ada sahaja fesyen terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar tudung bersaing untuk mempromosi jenama yang mereka keluarkan . Bagi wanita yang berhijab seperti CCL semestinya CCL sentiasa mementingkan kepuasan apabila memilih shawl yang mudah diguna pakai setiap hari dan paling penting fabriknya perlulah selesa, senang dibentuk dan juga apabila memakai penampilan CCL akan lebih nampak berkeyakinan gitu .
Baru -baru ni CCL dapat gift review shawl dari SofeaRose, memula dapat kotak SofeaRose ni CCL sangat-sangat teruja sebabnya CCL dapat shawl ni dalam kotak yang keras dan ekslusif sangat .
Jom CCL kongsikan dengan korang semua apa yang bestnya tentang shawl keluaran SofeaRose .
Shawl SofeaRose Thalia Mermaid Charming Series
Shawl Thalia Mermaid Charming Series daei SofeaRose ni diilhamkan dari dongeng puteri duyung dengan reka bentuk fatsy yang mahir karya ni akan menarik perhatian si pemakai dalam pelbagai bentuk pengayaan dan sesuai untuk korang pakai ke pelbagai majlis . Gandingan dengan unsur alam, SofeaRose Thalia Mermaid ni juga menonjolkan corak abstrak ikan duyung ekslusif yang menunjukkan keindahan alam dan keazaman yang perlu dimiliki semua orang . Shawl ni juga salah satu inspirasi dari ikan duyung yang secara berkesan mengalakkan semua wanita seperti CCL sendiri untuk belajar mengejar impian dengan kekuatan yang tinggi sepertimana petempuran si ikan duyung untuk mendekatkan diri dengan pangerannya.
Kaitan SofeaRose Dengan Penyu Dan Puteri Duyung
Apa kaitan SofeaRose dengan penyu dan puteri duyung? Sebenarnya SofeaRose telah bekerjasama dengan SEATRU iaitu (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.
SofeaRose telah memasuki tahun keempat di dalam industri dan telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, ia seperti membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid yang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterina dan banyak lagi. Kalau nak tahu, secara purata, hanya 1 daripada 5000 ekor anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa dan lain-lain.
Kenapa korang lebih tampak sempurna apabila memakai Shawl Thalia Mermaid Charming Series keluaran SofeaRose ni ?
1.MUDAH DIBENTUK
Ramai yang struggle untuk bentukkan awning dari selendang yang korang pakai, tapi dengan kualiti fabrik shawl keliaran SofeaRose ni , korang dah tak perlu risau korang aka mudah membentukkan awning shawl tersebut bersesuaian mengikut wajah korang . Terletak elok sahaja pada wajah .
2.BERSAIZ PANJANG DAN LEBAR
Bagi korang yang selesa memakai shawl labuh melepasi paras dada, shawl keluaran SofeaRose adalah shawl yang tepat untuk korang memilikinya . Korang jangan risau Thalia Mermaid Shawl ni tak singkat sebab ukurannya adalah 2meter x 0.7 meter ( panjang x lebar ) dan ukuran persegi shawl ini adlaah 48 inci . Thalia Mermaid Shawl ni memang panjang dan labuh terpulang kepada koranh yang memakai untuk mengayakannya . Nak pakai gaya labuh mahupun singkat mengikut keselesaan .
3. PEMILIHAN FABRIK
SofeaRose HQ mengeluarkan Shawl Thalia Mermaid ni menggunakan fabrik yang sangat berkualiti tinggi .material shawl ni adalah dari fabrik chiffon premium . Kainnya yang sangat lembut, licin, tidak jarang ,tidak hangat dan yang paling penting selesa mudah dibentuk dengan mudah. Memang kalau dikihatnya sendiri materialnya memanh berkualiti tinggi .
4.PILIHAN WARNA & PILIHAN CORAK REKAAN
Terdapat pelbagai corak dan rekaan keluaran SofeaRose ni . Semuanya menarik dan semestinya cantik di mata CCL . Pemilihan warna keseluruhannya adalah berlatar putih ataupun warna pastel kerana SofeaRose HQ memang mengetengahkan rona bumi seperti tanah , tumbuhan dan air demi keserasian elemen fesyen dan lukisan yang menjadikan eleman alam di dalam setiap karya .
Dalam setiap 6 rekaan koleksi Shawl Thalia Mermaid Charming Series ni menampilkan enam gabungan warna pastel yang lembut dan sesuai dengan semua peringkat umur. Terdapat enam jenis rekaan corak iaitu breeze blue, rainbow, sandy castle, pufty beast , coral brick dan baby wind
Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, 40300 Selangor.
Laman web : https://www.sofearose.com/
Hubungi : 012-2900521 (Mior) atau 013-2361690 (Syafiqa)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
klik banner untuk join
Syarat-syarat peraduan
1. Follow Blog Sponsor
2. Follow Instagram Sponsor
3. Add Google Plus Sponsor
4. Like Facebook Page
5. Buat satu entri bertajuk "Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan"
6. Copy dan paste kan banner di atas, backlink kan banner tersebut kepada entri ini.
7. Publish entri tersebut kemudian pastekan url entri tersebut di ruangan komen entri ini.
Senarai Hadiah
Facial Mask untuk 1 pemenang oleh Asyiqin
 |
| Gambar sekadar contoh |
 |
| Gambar sekadar contoh |
Tudung untuk 1 pemenang oleh S.K
TOPUP RM 10 untuk 2 pemenang oleh Abam Kie
Voucher Printcious RM 100 untuk 1 pemenang oleh Aerillhassan
 |
| Gambar Sekadar Contoh |
 |
| Gambar sekadar contoh |
Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DRAMA AKASIA : HALALKAN HATI YANG KU CURI Drama terbaru akan muncul dalam slot drama Akasia adaptasi dari novel Halalkan Hati Yang Ku Curi akan ditayangkan pada 23 Mei 2018 . Hero drama ini ialah Aliff Aziz Farah akan bergandingan bersama Farah Nabila.
Sinopsis:
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.
“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?