REMAJA GAGAL MASUK KE TANAH SUCI AKIBAT GEMAR TONTON VIDEO LUCAH!
ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua.
Kisah di mana seorang lelaki gagal untuk masuk ke Masjidil Haram. Beberapa kali mencuba untuk memasuki Masjidil Haram tapi tetap sahaja tidak boleh.
Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din..
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan.
Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya.
Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.
Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.
Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.
Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.
Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan.
Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.
Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya.
Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.
Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.
Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.. InsyaAllah
BUKAN ISTERI SIMPANAN

Sinopsis:
“Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar
kau? Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam
isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah,
tapi kau? Kita ni dah macam housemate. Aku rasa macam aku ni, isteri simpanan kau je?” soal Dania ingin tahu. Terdiam seketika Afiff mendengarnya.
Tidak! Aku bukan isteri simpanan kau.
"Kau akan terima balasannya kerana menganiaya hidup aku. Hidup kau tak akan selamat. Tak akan selamat!"
Jambangan bunga terlepas dari pegangannya. Seperti mana terlepas Dania dan anaknnya dari hidupnya.
Bila kita mencintai seseorang, tiada sebab dan alasan. Hanya hati yang ikhlas mencintai.
"Kenapa abang buat Nia macam ni? Abang ingat Nia akan membenci abang ke, dengan apa yang abang lakukan? Bila terjadi macam ni, bukan sekali luka, tapi berganda-ganda luka..."
Aku akan mengembalikan Dania, pada cinta hatinya. Di sana dia akan mencari semula kebahagiaan dia. Berbekalkan ingatan yang baik-baik tentang aku.
Khaliff... Membahagiakan dirimu begitu mendamaikan..
Afiff... Mencintaimu begitu menyakitkan
PAK GUARD YANG DIMAKI OLEH BINI MATYO KINI JADI PELAKON

Siapa sangka . .pak cik guard yang femes seketika akibat dimaki oleh ,
isteri matyo , , kini dah jadi popular. . kini semakin menjadi-jadi selepas kes kontroversi yang melanda dirinya . Hikmah daripada kesabaran di maki dan di tending Pak Guard atau mudah di kenali dengan Azman di jemput berlakon dalam sebuah drama yang telah diadaptasi daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Media Karangkraf. murah rezeki pak azman kan . .
kini siapa sangka , pak guard yang dimaki , dicaci kini telah muncul di kaca tv sebagai pelakon . . insyaAllah khabar nya drama yang diadaptasi dari novel akan ditayangkan pada 5 disember 2013 , melalui slot aurora pada jam 8.30 malam





GAMBAR PRA PERKAHWINAN ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN DI BALI
sudah menjadi kewajipan bagi setiap artis yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan , akan adakan gambar pra-perkahwinan . .kali nieyh jom tengok gambar pra-perkahwinan che ta a.k.a rozita che wan , ,bersama bakal suaminya zain saidin . . destinasi pilihan photoshoot pra-perkahwinan mereka di bali . . awesome gitu......
KISAH DISEBALIK VILLA NABILA
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula, namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Jiran disekeliling kawasan Villa Nabila pula mengesahkan bahawa rumah tersebut telah dirompak oleh sekumpulan perompak. Rumah itu dikatakan dihuni oleh seorang lelaki melayu berkerabat raja dan isterinya pula seorang warga Singapura bernama Christine. Dikatakan semasa rompakan tersebut Christine dan Nabila telah dirogol beramai-ramai oleh perompak tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan kejam. Mayat-mayat mereka disimen di dalam dinding rumah tersebut. Dikhabarkan juga selepas 20 tahun kes itu, ada seorang ingin membeli Villa tersebut. Namun demikian, beliau sering dihadiri mimpi berkenaan keluarga tersebut. Dikhabarkan beliau bersetuju untuk menyempurnakan mayat keluarga tersebut.
Namun ada sumber mengatakan sekarang ini Villa Nabila itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam.
MAYAT DIKAFAN BAGAI MENGULUNG KULIT POPIA
Kisah Benar Akibat Mencabar Allah!! . . kuasa allah tiada siapa yang boleh lawannya. . .apa yang terjadi pada Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa... Tgk sapa lg kuat ! " Sambil ketawa. Kedua2nya gelak...
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..Apa yg trjd kpd mrk ?

Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya.Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung 'kueh popia' & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..Maka siang td (17 sept 2013), telah dikebumikan hamba2 Allah yg sombong itu... Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pelajaran & pengajaran dari kejadian ini...(!)
VIDEO HARI TERAKHIR FBI KE UDARA DI HOT FM AM KREW

Selama 8 tahun faizal ismail ,FBI panyampai radio hot fm terjebak dalam
dunia penyampai radio . .akhirnya beliau dengan rela hati
terpaksa melepaskan kariernya sebagai seorang penyampai radio hot fm .
perletakkan jawatan beliau turut mengundang reaksi dari pelbagai pihak..
ada yang terkejut,terkilan , kecewa . .namun ramai yang menghormati
keputusan beliau demi masa depan . .
jom tengok video hari terakhir FBI di konti hot fm
KISAH COUPLE YANG MENYESAL AMAT MENYEDIHKAN

Hello semua . . tengah-tengah rajin mmbaca status di pesbuk . . tetiba mata tertarik perhatian dengan citer kt bawah . . .citer ape eh . .korang baca sendiri eh,,cik yana dah habis baca , , agak sedih jugak citernya
★kisah couple yg mnyesal ★
Bf : bby , thanks tau sebab trima biy seadanya dalam hidup biy :')
Gf : sama2 sayang :') bby harap sangat biy tak curg dlm relay kita ..
Bf : biy janji sayang , biy nak bby jd yg terakhir untuk biy . susah senang kita bsama k ?
Gf : ya sayang ., bby janji bby susah senang kita bsama ,
◆sebulan kemudian ◆
Bf : (bertanya) bby , kalau biy saket nanti , bby sggup jaga biy tak ?
Gf : sanggup sayang , kn kita da janji susah sng kita brsama ,
Bf : bby sanggup tadah muntah biy ?
Gf : sanggup sayang .
Bf : bby , thankk sayang , sayang bby sgt sgt .
(lalu si bf pun bgurau)
Bf : bby , bby jgn nakal nakal tau .. jgn terpikat dgn orang laen ye , takdak biy nanti baru bby boleh buat mcmtu .. hehe
Gf : apa biy ni .. jgn cakap mcmtu boleh takk !!
【si gf teros marah si bf】
Bf : bby , biy joke jelah ..
「sambil cuit hidung si gf」
◆3 hari kemudian◆
【bf mghntar msej kpd si gf】
Bf : hai sayang ! sayang buatapa ? biy rinduuu bby sgt sgt 【mnunggu si gf tak reply reply , si bf mghntar lg skali 】
Bf : bby ? bby buatapa tu ?
Gf : humm sorry tadi tgok tv jap .. hp t'tggal dlm bilik ..
【padahal tgh berwechat dgn laki laen】
Bf : ohh .. bby dahmakan ? dahmandi ? sehat ?
Gf : ishh dah dah semua dah td ! tksehat . sakit hati
Bf : knapa ni bby ? biy salah apa ? bby , bby jgn nakal nakal tau .. jgn terpikat dgn orang laen ye , takdak biy nanti baru bbyy boleh buat mcmtu .. hehe
【si gf tros abai kn text si bf smbil sebok reply chat dgn laki tu】
◆ dua minggu kemudian◆
【pada hari besday si gf , beratus ratus orang wish tapi si BF diam mnyepi】
「si gf pun mula berasa laen dan sgera hntar msej kpd si bf」
Gf : biy ? biy ingat tak harini hari apa ? biy asl tk cntc bby pun ? ◇si bf diam mnyepi dan si gf mgmbil kputusan untuk pegy kerumah si gf◇
Gf : assalamualaikum ... assalamualaikum farizz ..
【lalu yg mbuka pintu mak si bf】
mak bf : adik ni sape ye ?
Gf : err .. saya kawan dia . ya , kawan rapat dia .
Mak Bf : adik ke yg nama ikaa ?
Gf : ye makcik , sy lah ikaa makcik .
Mak Bf : ikaa , farizz dah meninggal exdent 3 hari lepas dik ,
* mak bf mula mgalirkan airmata*
Gf : hahh !! makcik tolong jgn tipu sy , dia ada kat dalam kan . biyyy , biyyyy
(si gf meluru masok dan terbau wangi wangian jenazah , kmudian teros memasuki bilik si bf )
Gf : biyy , tolong biy ? jgn main main macam ni ?
【menangis teresak esak】 【mak si bf datang teros memelok si gf dgn mnenangkn si gf】
Mak Bf : org sekeliling terjumpa ni kat tmpat kmlgn tu, tertulis nama ikaa ..
【mnyerah kn sebuah kotak kecil】 laluu si gf mgmbil dan membelek , terdapat 1 kad kecil yg tertulis "happy bezday sayang, for u , ikaa " . si gf pun buka kotak yg ada kesan percikkan darah tu dan isinya ialah spucuk surat dan 1kotak cincin . 【gf mmbaca dgn perlahan lahan】 si bf mnulis """bby , harini besday bby . biy ingat tu . bby jangan la mnangis kalau biy dh takde ea .. bby , biy tahu bby dah ada orang lain , adik bby dah cerita bby dah couple dgn laki tuu lpas knal kat wechat kan ? biy sengaja tak text bby selamani sebab biy nak korang bgia .. bg biy , cukupla kbhgiaan bby dgn org laeny walaupn bukan dgn biy , bby , biy baru plan nk lamar bby time besday bby ni .. baru bby igt biy smpai bila bila kan .. hehe .. tp takkpela .. biy hadiahkan ni sbg cincin prtunangan korg nti , y biy dah tertunai .. bby laa pmpuan terakhir untuk biy , ingat tau bby , bby jgn nakal nakal tau .. takdak biy nanti baru bby boleh buat mcmtu .. hehe .. sincere , always loveyou , farizz """
【si gf mgalirkan airmata tnpa henti dengan mnjerit sekuat hati】
Gf : biyyyyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!!
★ ingatla , jangan sia siakan orang yg sayangkan awak , sebelom awak taksempat nk minta maaf nanti★
CINTA 100% -Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya banyak!

SINOPSIS
Bermula dengan mimpi, hidup Cassandra (seorang gadis free thinker) mula berubah 180%. Dia mula bosan dengan hidupnya yang penuh dengan keseronokan sebelum
ini.
Sejak dia mengalami mimpi yang sama saban malam, Cassandra mula resah dan tertanya-tanya. Jiwanya bagai kosong. Tetapi dia tidak tahu hendak bertanya kepada siapa. Cassandra menyimpan sendiri segala persoalan yang menganggu jiwa dan mindanya itu sehinggalah dia bertemu dengan sepasang suami isteri iaitu Hanafi dan Soleha.
Segala keresahannya terjawab satu per satu dan diamula meminati agama Islam. Cassandra membulat tekad untuk berhijrah menjadi Muslimah. Penghijrahannya itu
dirahsiakan dari keluarga dan sahabat baiknya. Dalam pada berguru dengan Hanafi dan Soleha, tanpa sedar Cassandra menaruh hati pada Hanafi kerana perwatakan lelaki itu.
Demi permintaan terakhir Soleha, Cassandra menerima lamaran wanita itu untuk menjadi madunya. Bagi Cassandra inilah peluang terbaik untuk dia mendalami agama
suci ini tanpa ada halangan dan fitnah. Namun, ternyata usaha Cassandra itu mendapat tentangan hebat. Perkahwinan rahsianya juga terbongkar. Dia diculik dan dipaksa murtad! Apakah Cassandra akan goyah imannya? Dan siapakah yang telah menculiknya?
“Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya
banyak! Cintanya bukan cinta biasa tau. Cintanya 100%
hanya untuk Dia.”
KULIT KAYU MANIS KECUTKAN JERAWAT ..BIAR BETUL ?
Jerawat tiba-tiba naik! Ya Allah geramnya. Orang perempuan bila muka naik jerawat terus tak tenteram rasanya. Tekanan! Susah hati! Macam-macamlah! Semua benda serba tak kena. so cik yana nak kongsikan tips yang mungkin boleh kecut jerawat bila aplikasikan cara ini.hanya guna kulit kayu manis bedak sjuk & air sahaja . . Insyaallah! jerawat korang akan mengecut dalam sehari dua, , ,so far jimat duit jugakkan ,,korang xperlu buang duit untuk beli ubt jerawat...
- Ambil kulit kayu manis, kikiskan sedikit sahaja, masukkan dalam mangkuk kecil. Lepas itu, masukkan sedikit bedak sejuk ke dalam mangkuk yang berisi kulit kayu manis. Barulah masukkan beberapa titis air, kacau adunan dan tepekkan ke muka. Lepas biarkan semalaman, cuci dengan air. Insyaallah jerawat anda akan beransur hilang. Selamat mencuba!
Tips:
- Jangan bagi cair, pekat pun boleh juga.
- Kikis kulit kayu manis jangan terlalu banyak sebab kulit kayu manis agak pedih, nanti anda terbuat banyak tepek dekat muka jadi pedih kemerahan. Sedikit sahaja okay.
p/s:kulit kayu manis,bedak sejuk & air jugak boleh menggurangkan resedung
GAMBAR PERNIKAHAN FIZO OMAR & MAWAR
.
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya








