Recap Perjalanan Januari 2026

 Assalamualaikum dan hai semua 

Recap Perjalanan Januari 2026 Januari bulan pertama setiap tahun memang selalu datang dengan harapan baru, azam baru, tapi bai CCL kan  realitinya tetap kehidupan biasa yang kena teruskan juga..  Bulan Januari banyak ajar erti pelan-pelan tak apa, janji jalan. Tak semua benda terus jadi cantik macam yang dirancang. Ada benda tersasar, ada yang lambat, ada yang buat kepala serabut. 

Rutin harian berjalan macam biasa, tapi dalam biasa tu sebenarnya banyak perjuangan kecil yang orang tak nampak. Bangun pagi walaupun malas, buat kerja walaupun penat, senyum walaupun hati ada benda difikirkan semua tu pun satu bentuk kekuatan.

Nak Recap semula perjalanan Januari 

Recap of the month, recap perjalanan hidup

Minggu pertama 

  • Percutian New Year 29 December 2025 sehingga 3 Januari , 5hari 4malam  healing - healing Phuket & Koh Samui
  •  6 Januari  baru start masuk kerja, tapi mood nak bekerja tu masih belum ada sebab beberapa hari leaps tu apply cuti pulak .. hehehe 

Minggu ke-2

  • 9 Januari turun Kuala Lumpur, first time pergi konsert 'Legacy 30 Dato Siti Nurhaliza'. Saja seronok-seronok ambil pengalaman..masa tu baru tau susahnya nak beli tiket nak kena tunggu berjam-jam ikut giliran untuk buat payment walaupun buy online .. sesekali nak rasa vibes pergi konsert kan .. 
  • 10 Januari sebelum nak gerak balik Perlis, sempat singgah kedai Emas Fareha beli seutas rantai tangan.
  • 13 Januari, hah masa cuti dah habis  masa ni laa baru betul-betul datang semangat nak bekerja . Barulah check satu persatu report yang tertangguh semasa cuti panjang . 
  • 14 Januari genap 6 tahun pemergian arwah tok CCL, petang tu dapat luangkan masa balik kampung ziarah kubur arwah . 

Minggu ke-3

  • Tak ada apa moment yang menarik pun , minggu ke tiga ni memang 100% fokus pada kerja 

Minggu ke-4

  •  Minggu ni baru start pergi briswalk & jogging . Harap rutin ni boleh teruskan bulan-bulan seterusnya. Slow pun tak apa, janji konsisten 
Minggu ke-5
  • Minggu ni sempat keluar brisk walk dua kali je. Hari lain agak sibuk dengan kerja, so tak dapat nak konsisten sangat. Tapi at least badan masih bergerak jugak, tak tinggal terus.
  • Dalam minggu ni juga connection Unifi kat rumah problem sikit. Lepas technician datang check, kejap je boleh guna, lepas tu problem balik. Sampai empat hari berturut-turut kena buka report baru. Memang menguji kesabaran betul!
  • Last day 31 Januari, memang moment tak dapat dilupakan .. sehari di tempat kerja start 7 pagi  sehingga 12 tengah malam baru settle kerja .. Penat memang tak terkata, tapi puas hati sebab semua kerja selesai akhirnya. 

Awal Januari memang santai, bercuti rileks, jalan-jalan, dan curi masa untuk diri sendiri. Tapi bila masuk hujung bulan, kerja mula menimbun..Ada hari rasa semangat, rasa nak susun hidup elok-elok. Ada hari pula rasa nak diam je, rehat dari segala benda. Dan dari situ sedar , rehat tu bukan lemah, tapi perlu. Badan dan emosi dua-dua kena jaga.

Catat Ulasan

0 Ulasan