Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM

 Assalamualaikum dan hai semua 

Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM Pagi kelmarin, CCL keluar agak terlewat sikit. Matahari pun dah naik perlahan-lahan, memang terasa bahang pagi tu. Mujur laa ada jugak angin sepoi-sepoi bahasa, jadi tak ada lah rasa berpeluh teruk sangat sepanjang jalan.

CCL target pagi ni cuma 8KM sahaja. Dah boleh agak jarak laluan, jadi kononnya nak kejar masa jugak. Nasib baik pagi tu tak ada “roadblock” anjing  kalau tak memang boleh terbantut mood brisk walk..

Start je jalan terus tekan apps Strava. Lepas tu buat-buat tak nampak dah berapa KM berjalan. Bukan apa, kalau asyik tengok apps je, mulalah otak fikir “lama lagi ke nak sampai target ni?” terus rasa penat awal.Bila dah hampir penghujung laluan, CCL saja laa jeling apps… ehh rupanya dah lebih 8KM! Alang-alang dah nak habis laluan tu kan , teruskan langkah sampai betul-betul garisan penamat .. Strava pun masih setia merekod.

brisk walk pagi, brisk walk 10km, hampir 10km berjalan, pengalaman brisk walk, kisah brisk walk pagi, gaya hidup sihat, aktiviti pagi sihat,

Sampai pondok rehat, tengok balik cecah 9.33KM!.. Nak genapkan 10KM pun dah rasa tak larat ..tenaga pun dah low, tapak kaki dah mula rasa kebas. Lagipun dah lewat, matahari pun dah mencacak atas kepala..Jadi kita simpan tenaga…

Next day lah sambung misi 10KM..Yang penting, target asal 8KM lepas…


Catat Ulasan

0 Ulasan