Masalah Had Following Blog | Dari 2K Tinggal 200

 Assalamualaikum dan hai semua 

Masalah Had Following Blog | Dari 2K Tinggal 200 Beberapa bulan lepas, CCL ada perasan satu benda pelik.. Blog CCL gagal nak follow blogger baru, termasuk juga rakan blogger lama yang baru CCL kenal hasil blogwalking dari blog rakan-rakan lain.. Masalah pertama yang CCL perasan tak boleh nak follow blog diorang langsung.

Mula-mula CCL ingat mungkin blog CCL yang bermasalah. Puas juga la CCL cari punca, tapi tak jumpa-jumpa...Lepas beberapa hari, barulah perasan rupanya ada rakan blogger lain pun alami masalah yang sama. Rupanya sekarang ni blog ada limit following, tak boleh melebihi 1,000 blog.Aduhh… memang satu masalah juga kan ..

Masalah follow blog , Had following blog, Limit 1000 following, Unfollow blog, Blogwalking

Bila CCL check balik, rupa-rupanya CCL follow hampir 2,000 blog, bermakna CCL kena remove (unfollow) sebahagian blog yang ada, barulah boleh follow blog baru. .Mula-mula CCL cuba unfollow beberapa blog yang dah lama tak aktif, lepas tu cuba follow blog baru… tapi masih tak boleh.Nak tak nak, memang kena unfollow..

Proses nak unfollow ni pula ambil masa juga, bukan sekejap, makan masa beberapa hari jugaklah.. CCL tapis satu-satu.. ada blogger yang last aktif tahun 2013,ada yang blog dah dipadam, ada juga yang domain expired.. semua tu CCL tapis satu per satu.


Masalah follow blog , Had following blog, Limit 1000 following, Unfollow blog, Blogwalking

Tapis punya tapis… akhirnya tinggal 200 lebih sahaja..Terkejut juga la CCL, daripada empat angka, tinggal tiga angka. Memang dasyat !!  Tapi alang-alang dah tapis tu, tak apa lah kan. .Kita anggap bagi ruang dan nafas baru pula.

Lepas following dah tinggal tiga angka ni, barulah CCL boleh follow blogger baru dengan mudah.. Masalah pun selesai ..


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Nak menapis tu pun makan masa . Dah mcm proses declutter barang² pula..hihihi

    BalasPadam
  2. Ada juga perasan isu ni. Macam tak faham juga kena Google nak limitkan, dan agak menyusahkan sahaja. Dah lah kena check satu2. Saya follow 208, kalau nak follow yang baru kena unfollow sikit lah dulu.

    BalasPadam
  3. wah ye ke??? alamak x pasan pasal folowing ni ada limit dah skrg.. ermm harap ako punya masih blm smp limit lagi la :D

    BalasPadam
  4. Lah yeke... LeYa tak perasan pula. Jgn unfollow LeYa taw.. Masih aktif. Cuma dah kuramg update je

    BalasPadam
  5. Jenuh juga kan, nak check senarai panjang, yang mana yang sudah tak aktif. Selamat, sudah boleh follow.

    BalasPadam
  6. Memang penat nak unfollow ni
    Tapi banyak blogger dah tak aktif macam dulu

    BalasPadam
  7. Kak SA pun unfollow mana2 blog yang lama yg dh x aktif...baru la dapat follow swmula

    BalasPadam
  8. Ambil masa juga nak check satu-satu.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan