Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rindu Yang Tak Bertepi – Setahun Tanpa Tokwan Hari ini bukan hari biasa. Setahun yang lalu, pada tarikh inilah CCL sekeluarga kehilangan seorang insan yang sangat bermakna , Tokwan. Seusai subuh tokwan menghebuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun jasad Tokwan dah tiada di depan mata, tapi bayangnya masih terasa dalam setiap ruang dan sudut kenangan.
Baca sini : 18 Julai 2024 Pemergian Arwah Wan Hassan
Tokwan menghembuskan nafas terakhir selepas Subuh, waktu yang sunyi dan penuh rahmat...Seolah-olah Tokwan pilih masa yang tenang untuk pergi, tanpa menyusahkan sesiapa, tanpa pesan panjang, cuma dengan satu nafas terakhir yang dalam dan perlahan…Sampai sekarang tau, CCL masih terbayang Tokwan baring atas katil, dengan riak wajahnya yang tenang seperti orang yang akhirnya bebas dari lelah dunia.
Baca sini : Selesai Pengebumian Arwah Tokwan
Tokwan dah tak ada,tapi dalam hati CCL ada sampai bila-bila . Moga roh Tokwan dicucuri rahmat,ditempatkan bersama para solehin.Amin..
Al-Fatihah buat Tokwan.
8 Ulasan
Setahun sudah berlalu tapi terasa masih baru lagi kan. Susuk tubuh orang yang kita sayang takkan pernah kita lupakan. Rindu sampai bila bila.
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al fatihah buat tok wan. Bila cerita pasal atok saya tak banyak ingatan tentang dia sebab masa kecil tapi bila aruah nenek terbayang raut muka dia yang menyayangi cucu-cucunya yang nakal. Al fatihah buat mereka yang kita sayangi yang telah di jemput Allah terlebih dahulu.
BalasPadamAlfatihah buat Tok Wan, kehilangan yang buat kita sentiasa tercari-cari... 😥
BalasPadamSemoga arwah Tok Wan tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
BalasPadamfaham sangat perasaan tu. balik kampung rasa dah tiada seri bila atok atau nenek kita dah takde..
BalasPadamAl Fatihah untuk tokwan. Semoga selalu dilindungi di alam kubur, dan masuk dalam golongan orang beriman 🙏
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamSemoga ditempatkan di kalangan org2 beriman
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan