Seharian Tak Ada Air

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seharian Tak Ada Air Dah beberapa hari tak ada idea nak update blog, ada masa terlintas idea nak update tapi rasa malas pulak kan . And now tengah blogwalking blog rakan blogger, idea terus datang . So tak tunggu laaa, terus taip ada yang nak di ceritakan, walaupun jam dah menghampiri pukul 1 pagi . 

Cerita pagi semalam , 7May seharian tak ada air . Ada gangguan bekalan air di kawasan rumah CCL . Dua hari sebelum tu pihak Syarikat Air Perlis (SAP) ada war-warkan notis gangguan bekalan air selama satu hari bermula 10pagi sehingga 10 malam . Mujur pihak SAP keluarkan notis ni, tak adalah penduduk-penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air ni marah disebabkan ketiadaan masalah air tanpa notis ni kan .. Masalahnya sekarang pihak SAP bagi notis sampai pukul 10 malam ..sekarang dah lewat pagi bekalan air masih lagi terganggu, tak ada air walaupun setitik . Ramai juga laa yang bising kan . 






Pihak SAP tengah jalankan tugas masing-masing.  Berdekatan dengan rumah CCL juga ni , memang terganggu laa bekalan air . Kawasan ni juga memang under construction oleh pihak JKR dan kontraktor  berdekatan dengan highway, diorang tengah buat jalan untuk susur keluar , so berkenaan paip air bawah ni tak pasti sama ada mengalami kebocoran atau pun diorang ada sambung paip yang baru . 

Harap-harap lewat pagi nanti bekalan air akan jalan seperti biasa, bekalan yang sedia ada masih cukup untuk sehari lagi. Sebab kat rumah CCL memang tiada simpanan air tangki . Memang 100% air paip ditadah dalam kolah mandi . Mujur ada juga air simpanan untuk buat masak dan minum . Dah tadah satu tong besar. Incase kalau ada emergency macam ni boleh la guna . 

Tak ada elektrik boleh la tenang-tenang lagi . Kalau tak ada air memang tak tenang dibuatnya . 

Semoga dipermudahkan segala urusan pihak SAP untuk membaik pulih paip tersebut . 




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Kejiranan PH pun pagi semalam air slow, ada injap dari rumah pam rosak dengarnya. Tapi kejap je dah setel alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Kalau dah mcam ni punya kerja kerja mmg tak da air lama la..syukur la dah keluar notis awal.. kalau tak mau kalam kabut huhuu..

    BalasPadam
  3. aduhai..bab ni yang x suka..xde elektrik xpe lagi...jangan takde air..selalunya bila xde air la perut tu tiba2 nak sakit la apa la kan?

    BalasPadam
  4. kalau ada anak kecik, memang tak tenang takde air nie...

    BalasPadam
  5. Betul tu..Xde letrik bleh lg..Xde air nk terkucil pun risau...Nk membuang lagi la susah hati...

    BalasPadam
  6. Betul CCL, tak ada letrik masih okey lagi. Tak ada air walau sekejap je pun, susah sungguh.

    BalasPadam
  7. aduhai betul tu CCL, kalo takde lektrik ok lagi, takde air ni nak membuang pun ssh

    BalasPadam
  8. Betul, elektrik tkde takpe lgi
    Ni air tkde, uish merana

    BalasPadam
  9. Adehhhh patutlah lama airnye takde CCL. dok mengorek projek besar rupanya. Tapi dah ada keluar notis awal lega sikit kita boleh bersiap siaga...

    Betul tu, elektrik takde mungkin dapat bertahan...air ni semacam lain perit dia bila takde...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan