Memendam Dan Bertahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Memendam Dan Bertahan Bukan tentang wanita. Bukan tentang lelaki juga. Tapi tentang manusia yang suka memendam dan bertahan. Kadang-kadang buat kita sedar betapa banyak yang kita simpan sendiri tanpa orang tahu.Orang yang suka memendam biasanya takut bebankan orang lain dengan masalah sendiri. Dia fikir, “Orang lain pun ada masalah, takkan aku nak tambah lagi”

Nampak kuat tapi dalam hati berkecai. Luar nampak tenang, senyum, buat lawak tapi dalam hati dia tengah bertarung dengan emosi yang orang tak nampak. Rasa tak ada tempat selamat untuk luah. Kadang nak luah tapi rasa tak percaya siapa-siapa akan faham. Jadi dia pilih untuk diam dan bertahan.


Dah biasa menanggung sendiri. Mungkin sejak kecil dah diajar untuk jadi kuat, untuk simpan, untuk tak tunjuk lemah. Jadi, itulah caranya dia survive. Takut dilabel lemah atau manja. Orang yang memendam sering takut kalau orang nampak dia ‘fragile’. Dia tak nak nampak macam mengada-ngada dan lembikk. 

Pandai jaga hati orang tapi lupa jaga hati sendiri. Dia terlalu fikir perasaan orang lain sampai dia lupa diri sendiri pun perlukan perhatian dan kasih sayang. Letih tapi tetap bertahan. Walaupun hati dah penat, jiwa dah koyak, dia tetap teruskan sebab percaya satu hari nanti semua akan okay.

Emosi jadi beku tapi air mata tetap ada. Dia dah biasa tahan emosi sampai muka pun tak tunjuk apa-apa perasaan tapi bila duduk sorang-sorang air mata tetap jatuh juga. Selalu jadi tempat luahan tapi tak pernah meluah. Dia pendengar yang baik, semua orang cari dia bila susah. Tapi bila dia susah? Dia senyap. Sebab tak semua orang faham. 

Hanya Allah saja tempat paling selamat untuk cerita segalanya. Akhirnya, dia hanya mampu cakap dalam hati, waktu malam, waktu semua orang tidur. Sebab dia yakin, Allah sentiasa dengar.

Kalau uguys rasa macam ni, uguys tak keseorangan. Ramai orang suka memendam. Kena ingat, kadang meluah bukan tanda lemah tapi itu tanda kita manusia. Uguys tak lemah. Kau kuat. Cuma hati yang paling kuat pun perlu rehat.


 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Kak SA setuju dengan entry CCL yang ni...seba related to myself...semoga diri ini terus tabah

    BalasPadam
  2. kak ana ada ketika rasa nak meluahkan segala yang terpendam, marah dan penat atau tak di hargai, tapi bila keadaan makin damai di hati, terus simpan sahaja dalam diri sendiri.. :(

    BalasPadam
  3. Luah pun, bukan orang boleh faham, sebab dia orang tak pakai kasut kita. Luah kat Allah je. Insya-Allah, lega. You are stronger than you think. 💪

    BalasPadam
  4. selalunya kalau bab pendam dan luahkan ni, bukan nak seksis, tapi selalunyalah, walaupun x semua. selalunya, perempuan lebih mudah meluahkan, sedangkan lelaki yang lebih banyak memendam.. hehehe.. setuju?

    BalasPadam
  5. ada certain things yg kita memang kena pendam but ada certain things yg kita kena share & luahkan.... kalau byk memendam pun, x elok utk diri sendiri.
    but so true.....meluahkan kpd Allah..adalah yg terbaik. Hanya kepadaNya kita berserah...
    keep on strong!!!

    BalasPadam
  6. betul bila meluah bkn petanda lemah

    BalasPadam
  7. Memendam buat kita sabar. Ada hikmahnya.

    BalasPadam
  8. Betul tu CCL. Kadang biarlah simpan sendiri dan cuma berkongsi dengan orang yang benar2 rapat. Cukuplah sekadar berkongsi yang perlu. Selebihnya Allah jualah pendengar yang Terbaik... ^_^

    BalasPadam
  9. Saya tipe yg suka memendam saja. Kalopun mengadu, memang ke Allah saja. Saya lebih selesa begitu. Kita mengadu ke manusia, blm tentu dpt jawaban atau mereka mau dengar. Memang cara terbaik dan benar, minta dan mengadu ke Allah. Lebih tenang kak

    BalasPadam
  10. Yup, saya antara dalam kategori ini. Sebenarnya malas hendak dengar pendapat orang makin serabut kepala nanti.

    BalasPadam
  11. Sejak dah dewasa ni dah jarang luah pada manusia. Kita ada Allah sebagai tempat bergantung, Dia jua yg mampu selesaikan segala kesulitan. La tahzan innallah ha maana... Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan