Kaya Sebab Duit Banyak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kaya Sebab Duit Banyak Ramai fikir kaya tu sebab duit banyak. Tapi sebenar-benarnya.. Kaya bermula bila kita belajar kawal RM10 pertama  dalam hidup kita. RM10 pertama ajar kita tentang disiplin. Kalau RM10 kecil pun kita gagal kawal, macam mana nak kawal RM10,000 nanti ?Disiplin tu bukan tunggu bila gaji dah besar, kena mula dari sikit.

kaya sebab duit , nilai sekecil duit, nilai matawang malaysia, matawang malaysia, cara check matawang malaysia, nilai matawang negara

Nilai bukan pada jumlah, tapi pada tabiat .Orang kaya, orang yang biasa jaga tabiat kecil. Orang biasa pula tunggu duit banyak baru nak jaga. Kaya bukan sebab banyak duit. Kaya sebab habit yang betul. RM10 boleh jadi modal impian dari RM10 boleh kumpul jadi RM100, dari RM100 boleh jadi RM1,000. Impian besar bermula dari modal kecil yang dijaga dengan sungguh-sungguh.

RM10 ajar kita bezakan keperluan & kehendak kalau RM10 tu habis beli benda tak perlu, RM10,000 pun akan habis untuk benda yang sama. Kawal kecil, baru besar selamat. RM10 boleh jadi tanda rezeki bertambah . Orang yang syukur & jaga rezeki kecil, Allah akan tambah rezeki besar tanpa dia sangka. RM10 bukan sekadar duit. Ia amanah.

Kalau tak boleh jaga RM10, kita tak akan pandai jaga RM10,000. Kalau tak pandai urus yang kecil, jangan harap yang besar akan selamat. Start kecil. Jaga elok-elok. Rezeki besar akan datang pada tangan yang amanah.




Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Kak SA setuju dengan entry ni...semua terletak pada kita kan...

    BalasPadam
  2. terkejut kejap baca tajuk hehe..apa pon kita kena pandai berjimat. Jangan boros. Settle kan KEPERLUAN, kurangkan berbelanja KEMAHUAN.

    BalasPadam
  3. Betul bila otak dapat fikir konsep macam tu...

    BalasPadam
  4. Tapi ada kalanya, kalau simpan je, tapi tak belanja tak betul juga.. Umur kita bukannya lama.. Hehe.

    BalasPadam
  5. Teringat pulak kisah ada orang kumpul duit RM20 sampai berpuluh ribu banyaknya.

    BalasPadam
  6. Sukanya ayat last tu, deep & meaningful. Ramai lupa duit dan apa saja harta semua tu amanah

    BalasPadam
  7. Kaya sebab tak ada hutang. Itu best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling tenang dan bahagia ni kak tot. InsyaAllah otw to penghapusan hutang...

      Padam
    2. Setiap harta yang dikurnia semua itu amanah. Jagalah sebaiknya. Betul tu CCL, displin pada amanah terutamnay berkaitan kewangan itu sangat penting

      Padam
  8. Setujuuuu 😉👍👍👍👍. Kalo yg kecil saja tak bisa kita manage , macam mana saat dikasih rezeki besar. Habis dalam sekejab mata mungkin 😄.

    BalasPadam
  9. Eloknya berbelanja untuk akhirat. Kaya di sana.

    BalasPadam
  10. Kaya bukan sahaja dalam bentuk kewangan. Kaya datang dalam pelbagai segi. Kaya kesihatan, kaya ilmu pengetahuan, kaya harta benda. Dan setiap kekayaan ni adalah amanah besar buat kita semua. Itu sudah menjadi tanggungjawab kita menjaganya.

    Nice sharing

    BalasPadam
  11. betul tu ramai yg lupa sbnrnya ia adalah amanah

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan