Tehyeish : Spanish Latte VS Chocolate Ice

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tehyeish : Spanish Latte VS Chocolate Ice Sambungan kepada cerita 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' . Selepas beratur hampir 10 minit untuk membeli nasi kabsah ustaz Firdaus Firabib, sambung pula beratur di booth Tehyeish yang terletak di sebelah booth Nasi Kabsah, time CCL pergi tu booth Tehyeish memang beratur panjang dari booth Nasi Kabsah, untuk dapatkan makanan dan minuman yang CCL beli dari booth Tehyeish kena beratur  dalam 20 minit macam tu . 

Tehyeish, menu Tehyeish, Tehyeish baling, Tehyeish sik, Tehyeish padang serai, Tehyeish pendang, spanish latte Tehyeish, chocolate ice Tehyeish

Tangkapan selepas 20 minit beratur .. Beli spanish latte dan chocolate ice .. masuk-masuk dalam kereta terus minum, cuaca panas pada hari tu memang luar biasa yerr, beratur sampai berpeluh-peluh. CCL asa beli donut juga , ye lahh macam tak berbaloi kalau beratur panjang-panjang macam ni beli air jer . Untuk donut next entri la CCL cerita . 

Actually, ni kali ke empat CCL merasai minuman dari Tehyeish ni,macam biasa kalau sedap CCL akan repeat berkali-kali , begitu juga dengan uguys kan .. 


Tehyeish, menu Tehyeish, Tehyeish baling, Tehyeish sik, Tehyeish padang serai, Tehyeish pendang, spanish latte Tehyeish, chocolate ice Tehyeish

Ini senarai harga makanan dan minuman di booth Tehyeish. 

Walaupun dah beberapa kali repeat, CCL tetap order menu yang sama iaitu Spanish Latte dan chocolate ice .. uguys yang sukakan kopi wajib cuba spanish latte dari Tehyeish ni memang rasa kopi premium yang mahal, tak rasa manis susu pekat, manis pun light-light sahaja dan lemak berkirm ..manakala uguys yang sukakan coklat wajib try chocolate ice .. seriuss cakap memang rasa coklat yang premium, rasa coklat yang pekat tetapi tidak terlampau manis. So far kedua-dua minuman ni memang kena dengan tekak CCL.

Next event kalau Tehyeish turun lagi di Perlis nak cuba menu minuman yang lain pula .. sekarang Tehyeish banyak bukak cawangan di negeri Kedah .. moga-moga Tehyeish dapat bukak satu lagi cawangan di Perlis ni . 


Catat Ulasan

5 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan