Customer Bagi Handbag .

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Customer Bagi Handbag . Berkat kongsi rezeki dengan orang sekeliling . Hari ni  CCL dapat handbag dari customer  . Dapat customer yang baik yang tak banyak ragam pun salah satu rezeki juga yer . Tapi bukan CCL sorang sahaja yang dapat tau , CCL dan beberapa orang staff yang lain juga dapat . Alhamdulillah moha murah rezeki customer tersebut . Terima kasih yang tak terhingga . 

Handbag, handbag leather

Cantik kan handbag nii, warna pun cantik besar, tapi CCL tak berapa sesuai pakai handbag ni , CCL selalu pakai handbag kecil-kecik , sling bag ke , sesuai laa dengan tubuh badan CCL yang kecil juga ni kan .. kalau nak bawa sling bag besar macam ni tak confident pulak ..  rezeki takkan nak tolak kan ., nanti kecil hati pula .. 

Kalau CCL simpan tak pakai pun rugi juga , takut lama-lama handbag ni rosak . Maka CCL bagi dekat mak CCL . Kemain gembira la dia .. handbeg tu compartment luas . Boleh letak telekung, boleh letak Al-Quran katanya.  

Biar pun handbag ni bukan handbag branded , tapi niat nak bagi tu penting . Yang penting handbag ni cantik sangat . Terima kasih sekali lagi customer yang baik hati . Moga melimpah rezeki untuk beliau . 

kadang kita terlupa rezeki kita bukan sekadar duit, kesenangan hidup , ketenangan hati dan rasa syukur juga salah satu bentuk rezeki yang Allah bagi . Rezeki yang tidak ternilai . Allah hantar rezeki dalam pelbagai cara yang kadang tu kita sendiri pun tak pernah sedar .. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bagusnya customer tu.. Moga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki jangan ditolak.
    Span saja dulu.
    Mana tahu ada masanya nanti kita perlukan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki CCL dan kawan² sekerja 🤲🏻
    Bagus bagi mak pakai, dari disimpan saja

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..murah rezeki CCL..cantik plak tu

    BalasPadam
  5. Betul..Dpt customer yg baik juga adalah rezeki =D

    BalasPadam
  6. Wah..semoga dimurahkan rezeki customer tu...murah juga rezeki CCL sebab bagi handbag tu kat mak...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan