Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella Dah lama sebenarnya tak follow setiap keluaran design tudung dari mana-mana brand . Sejak datang balik penyakit mencandat tudung tanpa henti ni risau pulak , sehinggakan terpaksa menahan godaan dari tertengok setiap design-design cantik . 

tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Kali ni CCL mencandat tudung bawal dari MoonAndStella . Ini kali kedua tau CCL beli tudung bawal dari MoonAndStella. Bila dah rasa selesa, awning tudung mudah bentuk , kualiti kain premium tak tebal tak jarang sudah semestinya CCL akan repeat order lagi.

Untuk MoonAndStella edisi 'Klasik Malaya' ni CCL grab tiga helai tudung bawal . Banyak corak yang cantik-cantik MoonAndStella keluarkan . Memang rambang mata dibuatnya . Setelah dibuat keputusan CCL memilih tiga design sahaja . 

tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Design pertama yang berjaya tambat hati CCL, gabungan warna pink serta warna nude . So tema warna-warna lembut. Cantik kan . Sedikit corak bunga dan corak geometri . Grab sehelai MoonAndStella code Cempaka . CCL beli design ni hadiahkan untuk kawan sempena birthday dia bulan lepas . 


tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Corak yang kedua CCL berjaya beli seperti di dalam gambar . MoonAndStella code Mayang . Base warnanya adalah warna nuda, dan warna pada corak utamanya pula adalah warna merah meroon . . Border hitam . So kalau pandai gayakan dengan baju memang cantik .  Jarang sekali CCL nak ada tudung bawal bercorak warna merah meroon ni , alang-alang corak cantik tak crowded sangat . Grab terus ok tanpa fikir panjang .


tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Ok, last tudung yang berjaya CCL candat MoonAndStella code suri . Code warna purple masam . Grab sebab corak cantik dan collection tudung untuk warna purple ni pun tak banyak . Hehe .

So korang CCL nak racun sekali untuk shopping tudung bawal dari MoonAndStella.Banyak lagi tau design-design yang cantik . 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cantik corak tudungnya...semalam ada kawn blogger beli tudung dengan Dania..tp x tau siapa...

    BalasPadam
  2. saya pun dah jatuh hati dengan brand ni. tudung senang gosok, tak keras, tak lembik sangat. hari ni pakai kod mayang. ingatkan warna merun tu coklat. adeh

    BalasPadam
  3. Love perkataan candat hahaha

    BalasPadam
  4. cantik cantik tudung yang dicandat.. pakai xpe kak kalau kite candat.. jgn disimpan2.. :D..

    BalasPadam
  5. Lawa 🤩
    Melaram sakanlah raya ni CCL ye :D

    BalasPadam
  6. cantik2 design skrg. ni
    kalu ciknur nmpk yg berbunga terus jd nk membeli he hee

    BalasPadam
  7. beli dan pakai takpe...
    kalau menang membeli pastu bersidai dalam almari yang menakutkan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah cantik... pandai menyandat hahahah :P

    BalasPadam
  9. Saya suka corak geometri. Menarik kombiasi warna yang CCL beli.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan