Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden


Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Dinner tadi di Restaurant Lebanon The Garden di Tanjung Bungah Penang . Restoran  yang menyajikan makanan autentik Timur Tengah yang terletak di sepanjang jalan Tanjung Bungah , berhadapan dengan Hotel Flamingo dan Hotel Rainbow Paradise Beach Resort.


Alang-alang dah menginap di Hotel Flamingo , so restoran ni sahaja yang paling dekat . Tak perlu drive hanya jalan kaki lintas ke seberang jalan sahaja dah sampai . Restoran ni memang sangat unik dari segi deko, dari segi alunan lagi memang menjadikan tempat ni sangat-sangat romantik . 


Makanan dan minuman yang ada di sini tidak kurang hebat juga . Semuanya sedap . Harga .. Ok berpatutan . Dah nama pun restoran so harga tinggi jugak laa . Tapi tak mengapa hidangan semua boleh di katakan sedap-sedap belaka .  Tak order banyak-banyak hidangan , cukup untuk makan berdua , boleh la merasa sorang sedikit . Tak habis nanti membazir pulak jadinya . 


Milkshake Chocolate 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Hangpa yang penggemar milkshake, antara minuman yang hangpa wajib order adalah milkshake chocolate . Memang sedap sangat-sangat , dan memang tak boleh lawan milkshake kedai lain laa . Ini yang paling sedap yang CCL pernah cuba . Harga RM18.00


Spring Roll with Thai Sauce 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Ok untuk hangpa yang nak makan ringan-ringan sambil bersembang dengan kawan-kawan , kadang-kadang asyik order fries je kan ..jemu tak ?? Hah kalau hangpa singgah sini wajib cuba spring roll . Memang sedap tau . CCL  boleh katakan spring roll ni bukan spring roll yang frozen macam kita beli di pasaraya tu . Ini lain dari lain . Bukan lain dari segi bahan , tapi dari segi kesedapan tu memang berbeza . Rangup dan dihidangkan bersama sos thai . Sos thai tue bukan kaleng-kaleng tau .. Bukan buka penutup botol terus tuang dan hidangkan pada customer . CCL boleh katakan chef di restoran ni dah custom semula sos thai tersebut memang rasanya unik sangat . Terpaling sedap . Harga RM15.00


Chicken Briyani 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Menu ni order sepinggan kongsi untuk 2 orang makan . Portion nasi memang 2 orang makan memang sangat cukup . Kalau sorang makan , macam CCL ni dah tahu-tahu takkan habis . So memang decide order je satu pinggan and then share . Tak membazirkan . Beriani ayam ni memang sedap . Beras yang digunakan beras Basmathi memang cantik elok keadaan butir-butir nasi . Portion untuk ayam pun besar . Sedap . Harga RM34




Total dinner RM67.00 ..Sekali sekala rewards dirii masing-masing makan di restoran tak salah juga kan.


Untuk korang yang nak buat event kecil-kecilan seperti event birthday party sangat-sangat sesuai sebab tempat dan deko di sini memang cantik sangat-sangat  . Untuk korang yang nak bajet cukup-cukup makan dan nak tahu harga dan makanan apa lagi yang menarik di sini , boleh terjah IG : https://instagram.com/lebanonrestaurant

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sedapnya nampak! Menyelerakan! Ala..sesekali kan..apa salahnya reward diri makan tempat sedap Dan mahal..hehehe

    BalasPadam
  2. Menarik tempatnya macam dalam garden dihiasi tumbuhan. Menu pun menyelerakan.

    BalasPadam
  3. dapnya tengok gambar2 yang yana share ni..tergoda nak cuba, nasib baik nun kat Penang..betul sesekali reward diri apa salahnya...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan