Alhamdulillah, Gaji Dah Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulillah, Gaji Dah Masuk  Isnin kelmarin semua staff ternanti-nanti saki baki gaji bulan Disember 2024 dan juga gaji untuk bulan Januari 2025 tetapi tiada khabar berita . Tiada tanda-tanda gaji akan masuk , hanya menanti dan terus menanti . Bila gaji lewat macam ni staff turun down , nak kata target sales bulanan tak lepas, tiap-tiap bulan target lepas . Tapi tu laa, masalah company terpaksa bayar hutang-hutang yang tertanggung sehingga melibatkan gaji staff . Sungguh tidak adil . 


Tengahari ni dapat berita gembira . Alhamdulillah gaji dah masuk , saki baki bulan Disember dan juga gaji nasic bulan Januari , selebihnya Overtime (OT), elaun dan juga service point kena tunggu penghujung bulan Februari . Begitulah  kitarannya .. Muka masing-masing hari ni ada la sinar kegembiraan sedikit . Tapi tu laa kena pandai rancang pengeluaran duit keluar masuk , takut kelewatan gaji terjadi untuk bulan hadapan .. tak boleh nak terlalu boros . 

Mujur gaji Januari dapat penuh gaji basic. Kalau sekadar bagi separuh-separuh gaji pening juga nak bahagi bayar itu ini . Lain orang lain komitmen .. so untuk bulan ni CCL kena settle bayaran apa yang perlu dibayar . Selebihnya kena tarik duit tu untuk persiapan raya . Ehh puasa pun belom dah raya yerrr .. 

Kena bijak merancang dengan ekonomi sekarang ni . Kena tempah awal kuih raya takut jadi macam raya sebelum ni last minit baru terkejar-kejar nak cari kuih raya . Tahun ni get ready awal.. kena rancang perbelanjaan untuk kuih raya ..bulan depan pula baru boleh rancang persiapan raya yang lain . Kalau sekaligus jalan kena sediakan duit yang lebih .. 

Zaman sekarang semua barang mahal . Nak taknak kena beli juga .


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah, susah juga gaji kena hold ya. Ramai akan mengalami kesulitan disebabkan komitmen yang ada.

    Moga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, dapat juga. Semoga dipermudahkan segala urusan... Nak raya.. Nak pose nie

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan