Sabtu, 17 Januari 2015

PENONTON HISTERIA KERANA VILLA NABILA


PENONTON HISTERIA KERANA VILLA NABILA

TIDAK dinafikan filem Villa Nabila hasil buah tangan pengarah muda, Syafiq Yusof adalah antara karya yang cukup dinantikan oleh peminat filem tempatan.
Idea pembikinan filem tersebut tercetus lantaran kisah banglo lama yang cukup popular dengan pelbagai kisah seram di Johor Bahru, dikenali sebagai Villa Nabila.
Namun, baru sahaja filem itu ditayangkan di seluruh negara bermula semalam (Khamis), ia sudah mencetuskan ‘keseraman’ tersendiri apabila seorang penonton wanita diberitakan secara tiba-tiba diserang histeria ketika menonton filem tersebut di panggung yang terletak di pusat beli-belah AEON Tebrau.
Kejadian itu sempat dirakamkan oleh penonton lain yang turut berada dalam panggung tersebut.
Hmm, tak tahulah kami kalau-kalau histeria itu berpunca daripada ketakutan melampau akibat menonton filem tersebut atau atas sebab lain kan.. tapi kalau betul takut punya pasal, memang dahsyatlah penangan Villa Nabila nampaknya. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO PENONTON HISTERIA GARA-GARA VILLA NABILA KLIK SINI

1 ulasan:

  1. tak tahu pula ada movie baru ehehhe..hmmm seram jugaa ni kalau ada siap kena histeria..adoii

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !