Jumaat, 26 April 2013

Pilihan di tangan kita.


Antara bukti kekosongan jiwa adalah apabila kita pantas mengikut arus sesuatu trend.

Datang Gangnam kita pun sibuk bergangnam. Bila Harlem Shake menggegar, kita pun lumba-lumba sibuk berHarlem Shake. Bila wujud trend Gwiyomi, kita semua bersungguh-sungguh nak berGwiyomi juga.




Sanggup kita mengatur gerak langkah, susah payah upload di Youtube, menghabiskan masa dan tenaga, semata-mata nak kata kita tidak ketinggalan dengan trend-trend tersebut.




Mengapa?
Kerana jiwa kita selama ini kosong.
Dek kekosongan itu maka kita ada tenaga dan masa yang banyak dan tidak tahu hendak berbuat apa dengan masa tersebut.



Maka dek kerana kekosongan itu jugalah maka kita akhirnya menggunakan kudrat, masa, kreativiti kita membuat Gangnam Style, Harlem Shake, Gwiyomi versi kita sendiri.



Orang jiwa terisi dengan iman dan taqwa serta merasa hidupnya ada perkara besar untuk dilaksanakan, maka jadualnya padat dengan kerja-kerja pembinaan kader dakwah dan penyebaran wa'yul Islam melalui potensi yang dia ada.




Tidak sempat baginya masa untuk sibuk dengan trend terkini, tidak pula wujud lagi tenaga baginya yang tersisa untuk perkara nan sia-sia.



Kerana masa, kudrat, dan potensinya sepenuhnya diberikan kepada urusan dakwah dan tarbiyab Islamiyyah. Dek kerana jiwanya terisi dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT.




Maka kita pula bagaimana?
Yang jiwanya terisi dengan perkara bermakna, atau yang jiwanya diisi angin kosong nan sia-sia?

1 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...