Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tonton | Drama Langit Ke Tujuh Langit Ke Tujuh Drama Tonton Original arahan
Heykal Hanifah yang sudah pun ditayangan bermula 23 Januari 2025. Sebuah kisah ketaksuban yang membawa kemusnahan, kisah manipulasi yang berakar daripada peredaran ajaran sesat, ibarat menghidupkan kembali bayangan dunia Ayah Pin dan Abuya. Dunia Ayah Abdul disiarkan secara eksklusif di Tonton minggu ini.
Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh
Ayah Abdul seorang yang teliti skibidi bidi, sampai nak bernikah dia yang nikahkan diri sendiri. Siapakah Ayah Abdul? Sudah tentulah penunggang agama yang yang menyebarkan ajaran sesat kepada pengikutnya supaya pengikutnya memujanya dan taksub dengan dia. Dijanjikan dia mampu membimbing penganutnya jalan ke syurga jika taat ajarannya di Tanah Surgo.
Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana(Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan. Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada Agama Islam. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.
Walaupun sudah mempunyai 3 isteri, Ayah Abdul kini sibuk mencari calon isteri keempat. Hanya inginkan anak dara untuk jadi isteri keempatnya. Ketiga isteri yang taat kini sibuk mencari anak dara untuk jadikan isteri keempat suami dia.
Mak Ina ( Datuk Fauziah Nawi) sanggup jual rumah dan kedai jahit, infakkan segala hasil jualan ke Tanah Surgo dan ikuti ajaran Ayah Abdul. Anaknya, Yusuf (Nafiz Muaz ) sangat terkejut apabila mengetahui ibunya menjual segala harta dan kini tinggal di Tanah Surgo. Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah. Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya,meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.
Agak menyeramkan apabila menonton drama ni. Seram, jijik dan kasihan. Itulah yang dirasai lepas menonton episod 1 drama Langit Ke Tujuh ini. Seram melihat ajaran sesat, cara mereka menunggang agama sangat menakutkan, di janjikan Syurga jika patuh pada ajaran mereka. Pengikut yang taksub akan mengikut tanpa banyak soal. Terlalu taksub, sehingga yang tua salam cium tangan yang muda 🥲. Jijik melihat Ayah Abdul yang tua gatal merenyam tak sedar diri. Sedih apabila orang yang tiada asas pendidikan agama yang kukuh terjebak dengan ajaran sesat.
Lakonan pelakon, sangat menjiwai watak. Lakonan Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul sangat menyeramkan, dah macam Ayah pin dah duk minta orang minum air basuhan kaki. Dan muka gatal tengok perempuan berdahi licin. Zamarul Hisham mampu menjiwai watak yang berat ni. Ekspresi muka yang gatal, serius sangat menjiwai watak penunggang agama yang gatal miang keladi. Nora Danish cantik berhijab labuh tapi dalam ni wataknya tak semanis wajah comelnya. Watak isteri pertama yang agak panas baran, sering perasap senjata . Menakutkan. Lakonan pelakon lain yang memang kategori pelakon kelas A seperti Datuk Fauziah Nawi, Faradhiya dan Faezah Elai tak perlu di pertikaikan lagi.
Banyak pengajaran yang dapat penonton ambil dari drama ni. Kukuhkan asas agama islam supaya tahu bezakan ajaran Agama Islam dengan Ajaran sesat. Jangan terlalu mudah percayakan orang, jangan taksub sangat sesama manusia, takut nanti ketaksubban itu akan memakan diri, diri sendiri menjadi korban.
Mengakui bahawa watak Ayah Abdul berbeza daripada wataknya sebelum ini, Zamarul Hisham berkongsi, “Watak Ayah Abdul ini benar-benar mencabar kerana saya perlu menyampaikan dialog yang cukup menggerunkan kerana ia melibatkan soal agama. Walaupun hanya lakonan, kesannya tetap terasa. Setiap kali melontarkan dialog, saya perlu banyak beristighfar dan melakukan solat taubat selepas selesai penggambaran . Langit Ke Tujuh penuh dengan pedoman, terutama tentang bahaya penipuan, agenda
licik, dan taasub yang boleh membawa kepada kesesatan. Jadi, penonton perlu menontonnya untuk lebih memahami perkara ini."
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan