Assalamualaikum dan salam sejahtera
“Tak boleh bahagikan sama rata ke?” tanya mak long.
“Yalah. Adik-beradik kita bukannya ramai mana pun,” sokong mak ngah.
Ayah aku geleng kepala. Kubur Tok Ki masih merah, mereka sudah duduk berbincang tentang harta pusaka.
“Kita kena ikut faraid, kak long, kak ngah.” Lembut suara ayah memujuk.
Mak ngah yang sudah lapan kali naik haji itu menjeling ayah. “Alah… kau nak ikut faraid sebab nanti bahagian kau dapat banyak kan?”
“Astaghfirullah al-Azim… apa kak ngah cakap ni? Bukan kita bertiga je yang berhak atas harta arwah ayah. Ada orang lain. Atuk kita hidup lagi. Dia juga berhak atas harta ayah.”
Ya, moyang aku masih hidup lagi. Sedang duduk diam memandang ke luar jendela. Mungkin juga sedang memasang telinga mendengar pertengkaran ini.
“Dah, dah, jangan nak gaduh. Kita bahagi empat,” celah mak long.
“Tak boleh, kak long….” Ayah berkeras.
Mereka terus berbalah. Aku yang memerhati dari jauh terfikir sesuatu. Mak long dan mak ngah itu bukanlah orang yang buta agama. Mereka tahu agama. Malah, boleh dikategorikan sebagai agak warak. Kalau hukum lain-lain dalam agama seperti puasa dan solat boleh kita taati dengan baik, tetapi kenapa hukum faraid mahu kita langgar? Ia juga hukum Tuhan, bukan?
7 Ulasan
Aduhai...kubur masih merah tp dh berbalah ye..
BalasPadamBeberapa hari lepas Cuya search juga hukum faraid sebab nak tahu dengan jelas memandangkan Cuya sorang je anak perempuan, abang2 mesti dapat lebih bahagian
BalasPadamBerkali2 mama selalu mengajarkan kami ber4, jangan pernah bertengkar hanya karena warisan. Tak bagus sangat2 ðŸ˜ðŸ˜. Saya pun better mengalah kalo sampai terjadi demikian. Maluuu sangat. Harta memang kita butuhkan, tp bukan sesuatu utk diperebutkan , apalagi jika merusak hubungan keluarga ..
BalasPadamjgn pernah berbalah pasal harta
BalasPadamsedihkan, bila ada kisah bab pembahagian harta pusaka nih, semoga ada penyelesaian yang terbaik buat semua, aamiin
BalasPadamTapi memang kena selesai cepat2 bab harta pusaka ni. Kalau lambat takut ada yang meninggal pula maka ada orang lain juga yang berhak ke atas harta pusaka tersebut. Jenuh akak ditugaskan selesaikan harta pusaka mama dan papa dulu. Kena pergi kat semua yang ada duit mama dan papa.....lepas tu bahagi kami adik beradik.
BalasPadamsebab tamak...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan