Astro Prima : Drama Dendam Seorang Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Astro Prima : Drama Dendam Seorang Madu Dendam Seorang Madu’ sebuah drama yang membawa genre konflik kekeluargaan. Drama ini bakal menemani para penonton sepanjang bulan Ramadan ini, di saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 3 Mac 2025, Jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Menyentuh isu pengurusan harta peninggalan dan disulami kemas dengan konflik perkahwinan bermadu pada luaran menjadi tunggak penceritaan drama ‘Dendam Seorang Madu’. Penonton akan dibawa untuk menelusuri setiap babak naik turun emosi setiap watak, dan konflik perkahwinan yang terjadi antara mereka sepanjang drama ini bersiaran. Tidak sekadar memberikan hiburan kepada penonton, drama ini juga menekankan mengenai pentingnya menguruskan harta peninggalan serta menjaga keturunan, seperti yang dipaparkan dalam watak Putri Rayhana dan Faris Alfian yang tersabit dalam komplot Hanum -Ibu Faris dalam membolot harta yang ditinggalkan oleh bapa Putri Rayhana.
Drama dendam seorang madu, tonton online drama dendam seorang madu, sinopsis drama dendam seorang madu, dendam seorang madu

Dendam Seorang Madu” bukan sekadar penceritaan konflik perkahwinan biasa, ia lebih tertumpu kepada perkongsian isu mengenai pengurusan harta pusaka dimana ia mengajar masyarakat di luar sana untuk mengambil tahu kepentingan menguruskan harta faraid (pusaka) dengan adil dan saksama, mengikut syariat yang telah ditetapkan.Selain dari itu, aspek menjaga keturunan juga turut ditekankan dalam drama ini
Barisan Pelakon
Hannah Delisha sebagai Putri Rayhana
Redza Rosli sebagai Faris Alfian
Sweet Qismina sebagai Izara
Emelda Rosemila sebagai Hanum
Lisdawati sebagai Ramlah
Azizah Mahzan sebagai Nek Tom
Shah Iskandar sebagai Imran
Dian P Ramlee
Lorenzo Irmann
Zeera Azizi
Aida Khalida
Dendam Seorang Madu’ mengisahkan tentang Putri Rayhana, seorang gadis hidup sebatang kara bersama neneknya yang garang dan ibunya yang sakit gila berusaha untuk mencari jalan untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga mereka. Namun dia terpaksa akur dengan kehendak neneknya yang ingin mengahwinkan dia dengan Faris Arfian, anak kepada sorang CEO syarikat besar demi menampung kos rawatan ibunya. Faris Arfian pula terpaksa menurut kehendak ibunya Hanum yang mengatur perkahwinannya supaya dia dapat menyandang jawatan CEO. Namun segalanya terbongkar selepas perkahwinan mereka, apabila Faris sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan Izara - pembantu peribadinya - dan meminta untuk Rayhana merahsiakan perkara tersebut dari ibunya Hanum



Catat Ulasan

0 Ulasan