Assalamualaikum dan salam sejahtera
PENANGAN KEK LAPIS SARAWAK BOLEH DIDAPATI DI UTARA SEMENANJUNG | Selamat petang semua , menu apa korang minum petang hari ini . CCL bermenukan satu mug nescafe yang memang menjadi feveret dan Kek Lapis Sarawak . Hahh baru lepas jamah kek perut pun dah kenyang baru boleh update entri dengan hati yang senang .
Entri kali ni CCL nak kongsi dengan korang semua macam mana nak dapatkan Kek Lapis Sarawak .walaupun korang tak menetap di Negeri Sarawak , tak sempat nak pergi bercuti ke Negeri Sarawak macam CCL ni tapi korang dapat jugak merasa Kek Lapis Sarawak. Disebabkan CCL orang Perlis , negeri Utara Semenanjung dengan adanya Kek Lapis Sarawak yang boleh didapati di negeri Kedah lagi memudahkan CCL untuk merasa Kek Lapis Sarawak ni . Bestnya tak perlu pergi jauh-jauh ke Sarawak, tak perlu tempah tiket flight mahal-mahal pi Sarawak .Selalu kalau nak makan Kek Lapis Sarawak yang betul-betul original ni susah, kalau dapat makan pun CCL kirimkan pada kawan CCL itu pun kalau dia balik kampung di Sarawak . Kalau tak susah nak merasanya.
Macam mana CCL boleh tahu pasal Kek Lapis Sarawak ni ? Masa tu tengah blogwalking blog Sis Gee ada satu entri ni tentang Kek Lapis Sarawak . Korang boleh baca kat SINI . Gara-gara entri Sis Gee tertarik betul untuk CCL terjah Fb page tersebut. MasyaAllah berpinau mata tengok flavour yang cantik dan menarik ni .tapi..tapi bukan CCL sorang saja yang jadi macam tue , mungkin blogger Sis Hawa pun turut alami kesan yang sama .hehe .CCL terus PM page tersebut bertanyakan tentang harga, kemudian owner tersebut Whatsapp CCL gambar-gambar Kek Lapis Sarawak beserta harga ,yang menariknya time tue owner page tengah adakan promosi FREE POSTAGE !!
Rugi kalau tak beli time tue . Sekali CCL order 4 ketul lain-lain perisanya .
Petang Sabtu CCL menunggu ketibaan abang posmen untuk hantar Kek Lapis Sarawak ni , Blogger Sis Awa ada inform keknya dah sampai, CCL tengok jam sambil layan citer industan pulak petang Sabtu . OK jam menunjukkan 4.30 petang ,mungkin tak da harapan .tunggu je lah hari Isnin . Tiba-tiba tepat pukul 5 petang bunyi moto abang posmen beserta hon..wah sah-sah Kek Lapis Sarawak ni . CCL buka parcel, mula-mula risau jugak takut keadaan kek tak berapa baik.tapi bersangka baik . Alhamdulillah keadaan kek tersebut elok dan tak hancur . Memandangkan Kek Lapis Sarawak ni sangat murah seketul RM15 Sekali order 4 ketul , tengok tamak tak tamak . Tapi nasib baik kek-kek ni sedap dan lembut . Antara flavour yang CCL pilih antaranya kek lapis pelangi,kek lapis cappuccino,kek lapis chocolate nuttella, dan kek lapis crunch oreo .
Kalau ada bertanya kan feedback CCL mengenai Kek Lapis Sarawak . CCL akan cakap next time CCL akan repeat order lagi dengan flavour-flavour lain . Seriusy kek lapis sarawak ni memang sedap dan lembut .
Korang yang banyak PM CCL bertanyakan tentang Kek Lapis Sarawak boleh la contact owner Kek Lapis Sarawak ni
Fbpage:https://www.facebook.com/keklapisarawakhomemade/
Instagram:https://www.instagram.com/keklapis_murah_sedap/
Whatsapp: 017-4784529
Antara senarai Flavour Kek Lapis Sarawak yang mampu membuatkan korang pening nak pilih
●Kek Lapis Pelangi
●Kek Lapis Masam Manis
●Kek Lapis Crunch Oreo
●Kek Lapis Choc Mint
●Kek Lapis Choc Nuttela
●Kek Lapis Choc Strawbery
●Kek Lapis Choc Vanilla
●kek Lapis Blueberry
●Kek Lapis Cappuccino
●Kek Lapis Evergreen
●Kek Lapis Choc Rice
●Kek Lapis Horlicks
●Kek Lapis Buah
●Kek Lapis Prune
●Kek Lapis Kurma
●Kek Lapis Choc cheese
Harga
★Harga seketul RM16 kecuali CHOC CHEESE RM 26
Antara feedback mengenai Kek Lapis Sarawak ni boleh terjah entri blogger ni
♥http://www.sisgee.com/2017/09/kek-lapis-sedap-murah-homemade.html
♥ http://www.sishawa.com/2017/10/kek-sarawak-asli-sudah-ada-di.html




