Assalamualaikum dan salam sejahtera
MAJLIS PERTUNANGAN FATTAH AMIN DAN FAZURA 13 NOVEMBER 2017 | Akhirnya segala spekulasi mengenai pertunangan dan pernikahan Fattah Amin dan Fazura terjawab apabila pasangan sensasi ni mengesahkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November 2017. Fattah Amin memaklumkan berita gembira ni untuk peminat-peminat dalam sidang media khas . Apa-apa pun tahniah juga buat Fattah dan Fazura . Fattah Amin juga berkongsi dengan sidang media memaklumkan majlis tersebut dibuat secara tertutup atas permintaan pihak keluarga
Pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura mengakui yang mereka belum bernikah seperti yang didakwa sebelum ini. Bagaimanapun menurut Fattah, dia dan keluarganya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang pada 13 November lalu.
“Kami tidak bernikah di Mekah seperti yang didakwa. Malah kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk resepsi hotel dan sebagainya. “Sebaliknya yang kami rancang selepas ini adalah untuk melalui proses pernikahan seperti orang lain.
“Malah kami sendiri merancang untuk pergi kursus kahwin seperti pasangan lain yang ingin bernikah. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk kami bernikah,” .
Pasangan itu mengadakan sidang akhbar khas pada lewat petang ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar status mereka.Mengenai pertunangan yang dirahsiakan itu, menurut Fazura, mereka sudah sepakat dengan ahli keluarga yang lain untuk memberitahu perkara itu selepas menunaikan ibadah umrah.
Menurutnya, mereka tidak mahu perkara pertunangan itu menganggu ibadah mereka ketika di Mekah.Fattah memberitahu, majlis pernikahan mereka nanti akan diadakan secara tertutup atas permintaan ahli keluarga.
“Saya minta kepada semua untuk beri ruang peribadi bagi majlis pernikahan kami .“Tetapi kami dalam perancangan untuk mengadakan dua majlis resepsi. Satu untuk ahli keluarga dan media sebagai tanda menghargai rakan-rakan media dan satu lagi untuk peminat,”
Sumber : Utusan online
Sumber : Utusan online
5 Ulasan
Semoga ada jodoh mereka berdua
BalasPadamsemoga dipermudahkan untuk fasa seterusnya
BalasPadamtahniah #fattzura. so happy for them.
BalasPadamakhirnya terjwb sudah status mereka
BalasPadamTahniah..Tak minat dua2..hehe..Moga dipermudahkan urusan keduanya untuk next step...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan