CHAR KWAY TEOW TAK JUAL PEPAGI ...




Pepagi gini . . bangun awal pulak . . 
6.30 dah bangun mr.f ajak solat subuh sama dia . . 
alhamdulillah . .bangun-bangun tue x boleyh tido pulak . . 
spend time dgn mr.f . . mesej2 bagai sebelom dya berangkat ke tempat kerja kn... . .sesaja melawak pepagi buta . . .dengan mr.f . . 


awak . .lapar char kway teow lha pepagi nieyh. . 

nak tahu dya reply apa. . 

astafirullahalazim . .syg mana ada orang nak juai char kway teow pagi buta ni ..

hehehe,,nak tergelak pown ada bila tengok dya reply macam tue . . 
xtau la pasai pa minggu nieyh suka sangat makan char kway teow ..buleyh dikatakan tiap2 hari nak makan . . . 


hari tue teringin nak makan kway teow hailam..boleyh dikatakn sebulan jugak laa dalam tiap2 minggu confirm akan makan . . lepas kway teow hailam,,,dya teringin nak makan char kway teow pulak . . .


sebelom dia kluar nak g keja,,bagitau siap2 dah . .yana nak kluar g pasar tani,,tgk apa yang ada. . lama sgt dh xp . . dya cakap . . 

'jangan dok p cari char kway teow kat pasar tani .tak dak orang nak juai lagi pagi-pagi ni . . petang sat ni ada ' 


wakakaa.macam laa nak p cari tue ja kat pasar tani,,byk lgi makanan len naa :) . . 


GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. SECRETARY









Sinopsis:-

Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada
Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat
memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adam
tetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia
ada batasnya.
“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah
saya pada cik bos?”
“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”
Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa dengan
Adam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah,
ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanak
kecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi.
Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain,
masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia
mengenai diri Adam itu?
“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy!
Pada secretary? Not my class okay!



PENANGAN TARIKH 18 JANUARI 2014 ? APA YANG TERJADI ?




Assalamualaikum . . rakan blogger & readers2 . . 
good monink yana wish utk semua . . 
ha,,awal pulak yana bangun hari nieyh . . 
hapdate blog pown awal . . mimpi apakah itu ,,hehehe


apa yang special pada tarikh 18 januari 2014 ? 
cer teka..cer teka . . kalau korang nak tahu . . 
pepagi lagi yana buka blog . . alangkah indah rasanya ..
bila tengok follower makin meningkat ...


tengok . . follower blog pown 1881 . . 
alhamdulillah thanks blogger semua yang support blog yana . . .

yana nak kasi satu tips . . 
macam mana nak tambahkan follower blog korang @ nak dapatkan follower ..
korang nak tahu . . ok meh sini . . 
firstly . .korang bermurah hati lha untuk follow blog blogger lain . . then secara automatik blogger tue turut sama follow blog korang . . mudah ja kan . . buang sifat sombong,,jangan tunggu blogger lain follow blog korang baru lha korang nk menjenguk blog dya & follow.....

jangan lupa singgah-singgah kt blog blogger lain. . kalau blogger lain singgah blog awak dan rasa cm berminat & tertarik ..tanpa mbuang masa diorang akan follow blog korang....

so. . .. jangan lupa pesan yana :)





Hilangkan Jerawat Dengan Kulit pisang!



Jerawat !! sememangnya ramai yang xsuka dengan kehadiran si jerawat nieyh..
kalau korang buat research dalam internet . . banyak sekali bukan tips dan petua untuk hilang jerawat . . .
hari nieyh cik yana nak share satu tips hilangkan jerawat pada muka korang..

jangan risau , xperlu keluarkan duit beratus-ratus . . x perlu bahan-bahan yang banyak . . . 


percayalah hanya kulit pisang . .korang boleh hilangkan jerawat . . kalau rajin amalkan . .senangkan , ,kulit pisang yang kita selalu buang tue ada manfaat tertentu 




Caranya mudah sahaja,

Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning  kemudian letakkan ia di kawasan yang berjerawat.
Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.

lepas itu, biarkan ia selama satu jam tanpa di bilas. untuk pengetahuan korang jugak 
kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah korang cuci dengan air. 
Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.


selalu amalkan insyaAllah akan dapat kesannya nanti .........
selamat mencuba

LAGU TEGAR VERSI KANGKUNG






selamat pagi korang semua . . . xda keje nak buat sengaja buka pesbuk . . 
dua tiga hari nieyh selalu naik status kangkung. . . wahhh femes jap sayur kangkung kan . . ..  
sampai ada lagu lagi . . . . 
terpandang satu page . . .lagu aku yang dulu bukanlah sekarang . . 
ditukarkan menjadi kangkung yang dulu bukanlah sekarang.........


Kangkung Yang Dulu Bukan yg Sekarang, 
Dulu Dibuang Sekarangnya Ditelan,
Dulu.. Dulu.. Dulu.. Kangkung
Tiada Saham, Sekarang
Kangkung Jadi Siulan.. Cita-Citaku
Menjadi Kangkung Murah, Duluku
Mahal Sekarang Alhamdulilah,
Bersyukurlah Pada kerajaan kita Kerana Dikasi
Turun Harga.. Hidupku Dulunya
Kangkung Kampungan, Pulang
Kampung Asyik Jadi Kangkung
Buangan, Kini Aku Sudah Jadi
Kangkung Berjaya, Bersyukurku
Kepada 1Malaysia.. Kangkung
Dulu Kangkung Yang Tak Punya
Biaya , Terpaksa Ku Terus
Mencari Nama, Sehingga
Facebook Pun Aku Menerjah,
Gara-Gara Kangkung Dikasi Murah..



ISTERI 19 TAHUN




ISTERI 19 TAHUN,NOVEL ISTERI 19 TAHUN , NOVEL JANUARI 2014,



Sinopsis:
“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN
Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…
“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN
“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF
Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan. 
Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.
“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.
“Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.

Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.
“Akif?”
“Hurm?”
“Kau pernah bercinta?”
“Tak pernah...”
“Cuma...”
“Cuma?”
“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?

SUAMI TERHANGAT









Sinopsis :

Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya.
Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi’. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati.

Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya.

Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi.

Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya....