Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !! Kisah brisk walk hari ni dengan cuaca yang tak berapa nak rileks. Panas membahang, tapi alhamdulillah mujur ada angin jugak .. Hari ni memang nampak ramai yang turun bersenam ada yang berlari, ada yang jogging. CCL pulak kekal setia dengan brisk walk sahaja..

Hari ni start briskwalk hanya 3 kali sahaja check apps strava .. first cukup² 5KM , lepas tu check sekali dah cecah 8KM .. alang-alang tapak kaki ni mampu melangkah lagi , so CCL teruskan lagi .. hari ni merantau lebih sikit .. bukan sekadar laluan jogging sahaja CCL redah , habis laluan kawasan perumahan taman CCL redah .. merantau kawasan ehhh ... 

brisk walk pagi, brisk walk 10km, hampir 10km berjalan, pengalaman brisk walk, kisah brisk walk pagi, gaya hidup sihat, aktiviti pagi sihat,

Tengok-tengok apps strava ehhh sikit lagi nak menghampiri 10KM .. kemain happy laa.. sebab beberapa hari lepas target 10KM tak berjaya .. tapi hari ni alhamdulillah ..

Brisk walk 10KM selama dua jam ok ke tidak? Bagi CCL, untuk permulaan ni memang okay sangat. Tak apa, kita target jarak dulu. Nanti bila badan dah biasa, kita target masa pula. Pelan-pelan.. 

Alhamdulillah untuk hari ni. Ada yang perasan sesuatu tak ? 



0 Comments:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan