6 Januari 2026 | First Day Kerja untuk Tahun Ini

 Assalamualaikum dan hai semua 

6 Januari 2026 | First Day Kerja untuk Tahun Ini Sebenarnya entri ni CCL publish kelmarin… tapi tak apa lah kan, lambat sehari je..Kelmarin merupakan first day CCL tumbprint masuk kerja bagi sesi tahun 2026..Untuk tahun ni, CCL ada satu azam kecil nak tumbprint masuk kerja awal 5 minit...Tahun lepas selalunya tumbprint sharp-sharp time, kadang-kadang awal dua tiga minit je. So okayyy… tahun ni kita upgrade sikit .. Kalau dapat awal 10 minit, lagi cun kan? Itu je azam kecil CCL untuk tahun ni. Setakat sekarang lahhh ..tapi afa lagii azam-azam lain untuk tahun ni ..

Macam biasa, first day kerja tu nak kata sibuk sangat pun tak juga. Lebih kepada settle kerja-kerja hujung bulan yang tertangguh. Maklumlah, cuti hujung tahun kan panjang… Ujung tahun 2025 CCL dah mula cuti, tambah pula dengan cuti sekolah, memang rasa lama juga tak masuk kerja.


First day kerja 2026 Entri blog santai, Azam tahun baru, Kehidupan kerja, Rutin kerja harian, Tahun baru 2026,

Tengok-tengok kalender… eh, dah nak masuk seminggu kita semua berada dalam tahun baru. Rasa macam sekejap betul masa berlalu.Kalender yang CCL guna tahun ni pun pemberian daripada kawan. Jadi tak ada beli atau tempah kalender khas..Company pun tahun ni tak ada bagi kalender untuk staff, tak pasti la bajet ka, terlupa ka.. tapi memang tak ada lahh ..


First day kerja 2026 Entri blog santai, Azam tahun baru, Kehidupan kerja, Rutin kerja harian, Tahun baru 2026,

Kat ofis pun ada satu stand kalender besar, itu pun dah cukup untuk rujukan harian..Oh ya, dalam kalender tu siap ada info bisnes kawan CCL. Jadi kalau uguys datang Perlis dan nak sewa kenderaan (kereta, van atau motosikal), boleh terus contact nombor telefon yang tertera dalam kalender tu..Hehe… sekali jalan promote bisnes kawan-kawan, tak salah kan..

Pagi tadi settle apa yang patut, balik kerja pun dah malam.Letih sikit, recharge badan kejap… dan time macam ni lah sempat jenguk-jenguk blog

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Selamat memulakan kerja, cantik kalender dari Perlis ni...

    BalasPadam
  2. Ammi pun start 2026 hari Isnin haritu. Tak apply pun cuti masa 2/1 haritu tapi boss kata “we close the office la” yahooo

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru dan selamat menjalani kerja harian. Akak pulak datang awal sebab nak kan parking lot yang terhad jumlahnya supaya boleh balik awal. hehehe

    BalasPadam
  4. januari ni rasa terlalu pantas masa berlalu. ingatkan akak je rasa macam tu

    BalasPadam
  5. Selamat bekerja CCL...akak ada plan nak bawak PZ dan suami pi jenjalan Perlis tapi kami naik kereta sendiri la...bila tu x tau la lagi..maybe selepas pertengahan tahun depan kot

    BalasPadam
  6. Selamat bekerja. Moga azam baru tercapai!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan