Assalamualaikum dan salam sejahtera
21 Ramadan Berbuka Di Elissa Garden Titi Gajah Alor Setar Imbas kembali cerita hari sabtu lepas, curi-curi masa yang ada untuk berbuka puasa di luar . Masing-masing kerja, masing-masing off day tak sama hari so decide untuk pergi hari sabtu . Kali ni bukan berbuka di Dataran Masjid Zahir Alor Setar .. risauuu nanti bentang tikar hidang makanan tiba-tiba hujan dah dua kali kerja nak angkut sana sini .. so decide untuk berbuka di Elissa Garden, Titi Gajah Alor setar ..
Buffett Ramadan di Elissa Garden ni bertemakan Arabic. Siap ada arca seekor unta lagi di sudut pintu masuk ke hall Elissa Garden ni .
Harga untuk buffet Ramadan di Elissa Garden ni sangat berpatutan . Harga normal RM75 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak serta warga emas sebanyak RM45 .. sebelum CCL nak pergi sini menang dah booking sehari awal .. so dapat la harga 'early bird voucher' RM69 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak serta warga emas dapat diskaun RM39 .. memang berbaloi kalau tempah awal kan . CCL booking untuk dua dewasa sahaja .. booking awal harga pun jimat .
Antara senarai juadah berbuka yang Elissa Garden sediakan . Setiap minggu menu akan bersilih ganti . So time CCL pergi dapat menu ni . Makanan memang banyak , berbaloi dengar harga yang CCL bayar .. makanan semua sedap-sedap .
CCL suka dengan deko dalam hall ni , siap ada pokok-pokok menghijau ..rambah lagi ada pokok kurma memang bertambah laa tema Arabic yang diorang buat ni .. ni section bahagian dalam hall , tak banyak snap gambar,
Ni section luar hall, boleh request sama ada nak makan indoor hall atau outdoor hall . dedua vibes dalam dan luar cantik dan selesa sangat .
Bahagian dessert . Rambang mata kalau lalu dekat sini ..banyak dessert yang ada dari pencuci mulut, kuih tradisional, kek dan sebagainya .. cantik food presentation ni nampak menarik .
Ni pulak bahagian jeruk , ada candy dan juga jelly serta beberapa jenis air yang tersedia ..
Ni bahagian yang dinanti-nanti oleh semua pengunjung . Kambing golek !! Kambing golek !! Terliur terus tengok kambing tergolek ni haa .. ada staff diorang yang serve kan kambing golek nii . Kambing dia perfect memang sedap .. rasa juicy .. lembut
Keadaan dalam hall Elissa Garden . CCL booking indoor , selesa ada aircond dapat juga dengar liveband ..
Cantik pokok hijau dalam hall ni .. pokok hidup tau korang .. bukan artificial ..
Taraaa..sambil-sambil menjamu selera ada juga alunan muzik dan lagi dari liveband ni . So memang mendayu-dayu laaa . Kiri kanan pokok kurma ..
Tempat ootd, cantik kan ..
Majoriti berbuka puasa sini memang sangat berpuas hati , kawasan yang sangat selesa walaupun ramai orang tak ada la crowded sangat . Makanan , dessert semua sedap , fasilitis yang ada tandas dan juga surau memang cukup-cukup selesa .
Tips nak merasai semua makanan yang tersedia ambil dalam kuantiti yang sedikit . Barulah berbaloi dengan apa yang kita bayar , takkan lah makan nasi dengan beberapa lauk pauk sahaja lepas tu dah kenyang, makanan-makanan lain belum jamah lagi ..rugi kan ..rugi kan .. ambil kuantiti sedikit janji semua makanan kita dapat rasa ..
Alhamdulillah untuk rezeki ..
5 Ulasan
Pokok hidup? Wow…memang lain macam deko tempat ni.
BalasPadamBaru tau kewujudan Elissa Garden, bolehlah akak try makan sini bila jalan-jalan ke Alor Setar.
halamakkkkkk kambing golekkkkkkkk!
BalasPadamfuhhhh bhgian dessert & jeruk tu menggodanyaaaa!
BalasPadamComel je unta tu. Meriah semua menu.
BalasPadamMeriah nampaknya juadah² yg disediakan. Tempat pun cantik ye... Puashati la dapat berbuka di sini 👍🏻
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan