Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh
Salam 23 Ramadan , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya . Sekejap sahaja waktu berjalan dah di ujung waktu . Macam biasa hari ni berbuka dengan family di rumah . Mama dan abah Rania datang berbuka puasa di rumah CCL . So berkumpul ramai-ramai buka puasa sekali .
Menu 23 Ramadan
- Ikan bakar
- Gulai daging batang pisang
- Kerabu taugeh
- Cili potong kicap
- Air asam picit bersama tembikai
Gulai daging batang pisang dan air asam tembikai tu air tangan mama Rania yang bawa kan . CCL buatkan kerabu taugeh , manakala Mak CCL sediakan juadah ikan bakar serta cili kicap potong . Menu simple dan mengenyangkan.
10 Ulasan
Tak pernah rasa masakan guna batang pisang.. Tu batang pisang betul atau istilah bahagian pada daging?
BalasPadamKerabu taugeh ni ratah pun sedap.
BalasPadamfirst time tengok menu air asam picit tembikai. air asam tu letak belacan bagai ke macam kita cicah ikan?
BalasPadamKerabu tauge lama tak makan ...
BalasPadamSeronok berbuka ramai² ni nak² dgn keluarga kan
Cepat sangat masa berlalu kan. Dah masuk hujung2 Ramadan dah. Meriahnya menu berbuka. Alhamdulillah.
BalasPadamSelamat berbuka puasa.
BalasPadamSesedap juadahnya
menu gulai daging batang pisang pernh merasa umh kwn husband org kedah
BalasPadamtu lah sekejap sgt masa berlalu CCL, tggl berapa hari je lagi :(
BalasPadamsedapnyaa ikan bakar, air asam picit & roti john, popia bergedil tu!
Menu gulai batang pisang itu banyak juga dulu di Aceh. Awalnya saya pun tak tahu batang pisang bisa dimakan. Ternyata yg bagian lembut dan muda yaa. Biasanya mama masak gulai buah pisang yg masih mentah
BalasPadamAir asam tembikai tu, pertama kali saya tengok. Musykil camana rasanya. :)
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan