RESEPI : DONUT GREEN TEA ALA - ALA BIG APPLE


assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI , RESEPI DONUT , RESEPI DONUT GREEN TEA , DONUT GREEN TEA ALA BIG APPLE , RESEPI MUDAH DONUT GREEN TEA , DONUT BIG APPLE ,CARA MEMBUAT DONUT GREEN TEA , GAMBAR DONUT GREEN TEA

RESEPI : DONUT GREEN TEA ALA - ALA BIG APPLE  Siapa pernah rasa donut green tea dari big apple? Sedap ker? Nampak macam sedap je. Kalau korang nak cuba buat sendiri boleh ikuti resipi ini. Sungguh mudah. 
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung protein tinggi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil yis segera
  • 1/8 cawan mentega
  • 1/8 cawan marjerin
  • 1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)

Bahan cecair
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)
  • 80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil perisa mentega

RESEPI , RESEPI DONUT , RESEPI DONUT GREEN TEA , DONUT GREEN TEA ALA BIG APPLE , RESEPI MUDAH DONUT GREEN TEA , DONUT BIG APPLE ,CARA MEMBUAT DONUT GREEN TEA , GAMBAR DONUT GREEN TEA


Bahan untuk toping
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil serbuk matcha green tea
  • 1/4 cawan air masak


Cara-cara membuat donut green tea lembut 
1. Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul sehingga rata. masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dah pukul dengan kadar perlahan selama 2 minit.
2. Tukar kepada kelajuan sederhana dan tambahkan bahan penaik, pukul lagi sehingga 5 minit hingga adunan menjadi licin
3. Keluarkan adunan donut lalu biarkan ditutup untuk rehat hingga 30 minit.
4. Ratakan adunan donut setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak lekat.
5. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 60 minit.
6. Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal.
7. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk donut yang dikehendaki.
8. Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donut yang sudah dibentuk di atas dulang. Biarkan donut kembang hingga menjadi 2 kali ganda.
9. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana
10. Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata.
11. Celupkan donut ke dalam cecair green tea. Siap untuk di makan


RESEPI : DONUT GREEN TEA ALA - ALA BIG APPLE RESEPI : DONUT GREEN TEA ALA - ALA BIG APPLE Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 8:14:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.