Certot : Tempat Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Tempat Kita  Ketika masih kecil, ayah ada buatkan rumah di atas pokok. Ayah aku itu kerjanya memang tukang kayu. Banyaklah sisa-sisa papan yang dia ada. Rumah pokok itu letaknya di laman belakang. Di situlah aku selalu menghabiskan masa ketika cuti. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang, aku di situ. Melukis, menulis, dan bermain dengan adik-beradik yang lain.

Tiap kali waktu makan, ibu akan panggil kami ke masuk ke rumah. Tapi kadangkala, waktu minum petang terutamanya, ibu dan ayah akan turut menikmati hidangan di bawah rumah pokok kami. Berbual dan bergurau senda tentang pelbagai perkara. Bukan itu sahaja, jika aku merajuk atau marah dengan ibu dan ayah, di sinilah aku akan bersembunyi. 

Ayah memang pernah beritahu yang rumah itu semacam ruang untuk aku dan adik-adik yang lain bertenang. Ruang rahsia kanak-kanak. Tiada orang dewasa dibenarkan masuk tanpa izin. Bila difikirkan semula, ayah memang bijak. Sebab kami ada rumah pokok itu, aku dan adik-adik tak pernah lari rumah atau pergi ke rumah kawan tiap kali kami bertekak. Ayah dan ibu tahu kami selamat di situ. 



Tapi… rumah pokok itu tak kekal dengan kami selamanya. Kerana masalah kewangan, ayah terpaksa menjual rumah kami. Rumah baru kami tiada laman, tapi ia lebih ‘muat’ buat dompet ayah. Kami tinggalkan rumah pokok itu dengan berat hati.

Kini, kami sudah besar. Pernah sekali, aku ke kawasan rumah lama kami atas urusan kerja. Melalui jalan utama, aku dapat melihat laman belakang rumah lama itu. Di situ, aku melihat rumah pokok yang ayah bina dulu masih berdiri kukuh. Siap di tambah buaian pada salah satu dahan pokoknya. Beberapa orang kanak-kanak sedang berlari riang di laman itu. Seorang budak lelaki bertopi lanun melaung kepada yang di bawah, “Kapal ini aku yang punya!”

Aku hanya mampu senyum. Rasa rindu dan berat yang meladung hati hilang dibawa pawana. Aku bersyukur rumah pokok itu masih dihargai. Benar, aku membesar. Rumah pokok itu masih di situ. Menanti jiwa-jiwa muda untuk mengisi cerita dengannya. The kids deserve it better.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. sebak bila mengenangkan byk memori kita di tempat tu & kini org lain pula pemiliknya

    BalasPadam
  2. samalah pekerjaan dengan ayah ammi.
    semua barang dalam rumah arwah ayah yang buat sendiri, hiasan dinding, rak buku, meja belajar custom made, katil yang attach dengan rak baju.

    BalasPadam
  3. Idaman saya tu rumah pokok masa kecik. Tapi tak pernah ada. Mampu main pondok-pondok kat pondok playground sekolah rendah je.

    BalasPadam
  4. Seronok kan zmn kanak²...panjat² pokok, main masak²...Alhamdulillah, masih ada sampai sekrg..secret base..

    BalasPadam
  5. Kenangan... Namun bersyukur sbb hasil kerja ayah masih dikekalkan walau bukan lagi hak milik kita.. at least boleh tgk utk kembalikan kenangan :D

    BalasPadam
  6. Mesti sedih kerana terpaksa berpindah demi kelangsungan hidup.

    BalasPadam
  7. Koq aku bacanya jadi sediih🥲

    BalasPadam
  8. Ya Allah beruntungnya kak pernah merasakan punya rumah pohon yg kokoh, bahkan sampai msh ada dan dihargai oleh pemilik baru ❤️. Itu impian saya sangaaat.

    Saat masih kecil Krn suka baca buku2 Enid blyton, saya JD membayangkan kalo punya rumah pohon. . bisa tinggal di atasnya. 😍. Pasti seronok sangat

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan