Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
Salam 5 syawal , belum terlambat CCL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog CCL . Syawal ke-6 baru sempat nak jengah blog . Macam mana raya korang, meriah ataupun sendu ?? Raya tempat kerja atau raya di kampung ?
Raya VS kerja
Tahun ni raya pertama kat tempat kerja . Sapa pagi-pagi raya ada di tempat kerja , kira geng !! Tahun lepas CCL dah cuti raya, so tahun ni bukan giliran CCL untuk cuti raya , kita bagi giliran staff lain pulak untuk beraya, biasa laa kalau kerja dengan company mana boleh sesuka hati nak cuti, kena bertolak ansur la dengan staff yang lain . At least raya pertama raya kedua tak kena OT pun dah bersyukur . Balik kerja pun boleh beraya lagi .
Raya meriah atau raya sendu ??
Raya meriah atau sendu itu tak penting . Yang penting masa raya semua family , sanak saudara ada disisi kita kan .. tak perlu nak membandingkan keluarga itu dan keluarga ini raya sendu ataupun meriah . Rayalah cara masing-masing . Mulut orang tak boleh nak tutup .
Raya pertama kat rumah .
Setiap tahun memang raya pertama akan beraya kat rumah . Adik-beradik dan kawan datang bersilih ganti, raya kedua baru lah sempat ziarah rumah adik beradik . Takkan laa orang datang beraya rumah kita, kita nak bergegas keluar pergi beraya rumah orang lain pulak kan .. hormati tetamu yang datang .
Tema baju raya tahun ni
CCL memilih tema soft yellow . Raya pertama pakai sahaja baju yang mana ada asalkan warna yang sama . Mak ayah serta adik-adik CCL sahaja CCL sediakan persiapan baju raya yang lengkap .
Menu pertama syawal
- Bihun sup
- Nasi impit & ketupat
- Kuih raya
- Kek coklat
Uguys, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai ada tersinggah dan terkomen sehingga terasa hati . Raikan aidilfitri mengikut situasi masing-masing . Enjoy your moment .
9 Ulasan
Akak pun harini baru sempat berblog.
BalasPadamSetuju, kita sambut raya ikut cara sendiri.
Selamat Hari Raya CCL :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin CCL
BalasPadamsamalah Ana pun tahun ni tak beli baju raya.. hanya belikan utk mak,abah & adik.. raya cara kita asalkan hati kita happy je hehehe
BalasPadamehhh tp CCL kena kerja pada raya pertama ye? syahdu jugak tu di tmpt kerja hehehe.. salam aidilfitri, ana mohon ampun maaf terkasar bahasa spnjg berblog ye :)
BalasPadamSelamat Hari Raya CCL! Maaf zahir dan batin
BalasPadamSelamat Hari Raya buat CCL ✨
BalasPadamMohon maaf andai ada tersalah kata ye
Betul, yang penting, raya dapat bersama keluarga. CCL macam suami saya la, cuti raya gilir, tahun ni dah cuti, tahun depan kenalah kerja.
BalasPadamSelamat hari raya, CCL. Maap zahir batin ye. :)
Taqobbalallahu minna waminkum.
BalasPadamSalam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.
Taqobbalallahu minna waminkum.
BalasPadamSalam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan