Assalamualaikum dan salam sejahtera
Raya Kedua, Tapi Masih On Duty Throwback cerita pagi raya kedua Aidiladha . Raya belum habis, kerja pun belum cuti, tapi semangat raya tetap on ! . Outfit hari ni still ada aura-aura raya gitu . Ya lahh walaupun Aidiladha tak semeriah Aidilfitri . Raya tetap raya, kerja tetap kerja ..
Outfit raya pertama, baju kurung moden corak pastel, tudung bawal kosong.. Outfit raya kedua recycle pakai baju yang mana ada dalam almari . Raya kedua CCL memakai baju kebaya plain berwarna blue black ada sulam sedikit pada baju . Tudung pula CCL pilih tudung bercorak disebabkan baju plain . Memang tak pandai nak pakai tudung bercorak dengan baju bercorak ni . Serabut bila tengok banyak-banyak corak . Jadinya tak confident nak keluar .
Outfit untuk raya kedua, baju dan tudung beli dalam Shopee . Baju ni CCL hanya pakai sekali sahaja masa kenduri kahwin Mama Rania dua tahun lepas . So raya ni repeat la pakai baju ni .sebab cutting baju ni pun selesa , walaupun kain tebal tapi tak rasa panas . . untuk tudung pun beli Shopee sahaja, yang penting tudung murah , awning on point yer ..
Habis duty pukul 3 petang terus pergi rumah adik beradik ada buat korban .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Outfit Raya Pertama Aidiladha Pagi raya , alarm jam pukul 5.30 pagi dah berbunyi bukan hanya lagi raya sahaja , memang setiap hari CCL akan set alam 5.30 pagi . Bangun awal bukan untuk siapkan juadah raya, sebaliknya kena on duty pukul 7 pagi . Begitulah cerita CCL kena kerja pagi raya . Bukan tak biasa tapi sudah terbiasa . Bangun dengan semangat luar biasa . Baju dan tudung memang dah iron dari semalam lepas balik dari kerja . Risau kalau terbangun lewat, jadi kalut dengan persiapan semua . Pagi raya nak pakai cantik-cantik . Bukan cantik untuk dipandang oleh lelaki tapi pakai cantik-cantik untuk diri sendiri .

Selalunya kalau raya Aidiladha ni masing-masing akan repeat untuk pakai baju raya puasa haritu . CCL baru teringat ada sepasang baju dari collection Jemels.co yang belum pakai . Masih lagi belum buka plastik , masih belum lagi buka tagging . Baju kurung moden berwarna pastel ni CCL beli tahun lepas lagi . Time tu ada sales, so harga turun why not untuk beli kan . Material kain pun memang sangat selesa .
Brand Jemels.co ni juga antara salah satu brand yang selalu CCL pakai untuk setiap tahun . Design-design memang cantik . Keluaran Jemels.co ni memang banyak keluarkan warna-warna pastel yang cantik .
Dah bersiap cantik-cantik , dah sarung baju kurung moden dari Jemels.co ni dah tiba masanya untuk CCL lilit-lilit tudung . So far dah lama tau CCL tak pakai shawl , lebih suka pakai tudung bawal . Pagi raya ni CCL mengenakan tudung bawal dari LeeyanaRahman . Code pistachio . Material tudung sedikit lembut. So awning tu memang susah sikit la nak on point macam biasa .. tudung tak nak bagi kerjasama .
So ya .. tudung mungkin tak jadi, tapi senyum tetap jadi . Raya tetap raya .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 | 1445Hijrah Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .
Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.
Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .
Cukup la 5 jenis kuih raya
- Nutella button
- Nilam sari
- Pandan gula melaka
- Oreo crispy
- Suji Brunei
Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup. Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .
Menu utama pagi raya Aidiladha, malas nak buat menu sup² like bihun sup .. sebab nanti kalau pergi ziarah rumah adik-beradik confirm laa akan ada menu bihun sup . So decide dengan mak CCL, raya Aidiladha ni kota buat nasi daging utara . Hahh maka terjadi juga la di pagi raya . Nasi daging utara makan bersama kuah sup dan air asam kerisik . Memang ulang kali makan la ..air tangan mak ! Sedap!! CCL hanya bantu apa yang patut sahaja ..
Alhamdulillah atas rezeki Allah