Assalamualaikum dan salam sejahtera
Replant Pokok Daun Rama-Rama Cerita Ahad lepas, aktiviti hujung minggu ni memang tak ke mana, so plan nak ubah susunan pokok-pokok tepi rumah . Nak replant semula pokok-pokok . Rumput-rumput kecil pun mula tumbuh dalam pasu . Walaupun dalam pasu tersebut masih ada pokok yang hidup, rutin setiap hari siram pokok sahaja, nak cabut satu per satu pasu memang malas . Yes ! Bila penyakit malas menguasai diri jangan disuruh untuk buat-buat rajin ya ..jadi tak ikhlas kanggg . Hahah
Lepas dah ubah susunan pokok,sapu-sapu daun kering , Cabut anak rumput yang tumbuh dalam pasu, gembur-gembur tanah biar pokok lagi subur , terekstra rajin nak replant pokok . Kan dah cakap kalau datang mood malas memang akan malas , tapi kalau tengah mood rajin jangan ditegur pulak tau . Hahha ..terus auto replant pokok-pokok .
Pokok daun rama-rama purple ni, dulu-dulu daunnya memang lebat penuh pasu, tapi sekarang dah makin kurus, daun pun boleh bilang ada berapa, mungkin dah lama tak letak baja tak gembur tanah . So CCL decide untuk cabut semua anak pokok ni , dan tanam semula . Pokok daun rama-rama ni pun dah kurus keding ya . dari ada 4, 5 pasu lepas replant terus tinggal 3 pasu . Seban anak pokok daun rama-rama ni tak banyak so campur-campur cukup la tiga pasu ni .
Lepas replant letak bawah pokok biar teduh supaya tidak terkena cahaya matahari terus menerus pada daunnya . Lepas seminggu baru alih ke tempat bersesuaian .
Moga-moga lepas replant pokok rama-rama ni pokok akan hidup subur, daun penuh pasu .
Sebelum ni ada satu pokok daun rama-rama ni warna hijau , tapi tu la rasanya dah mati . Tinggal daun purple ni sahaja .
11 Ulasan
Senang hidup pokok ni kak ana pun dah biakkan dpt 4 pasu dah comel jer dia bergayut2 bila di tiup angkn kan..
BalasPadampokok rama-rama nie ke yang boleh buat ubat tu?
BalasPadamMA pun dah lama x belek2 pokok2 kat rumah tu
BalasPadamSaya nampak org cina tanam pokok ni cantik...
BalasPadamFirst time tgk pokok bunga ni
BalasPadamRajin juga menanam pokok ya
BalasPadamCantiknya pokok daun rama-rama ni CCL. SS rasa macam nak cuba menanamlah satu. Kasi berseri sikit suasana. Sekarang semua pokok SS masih warna hijau. Tak konfiden lagi nak mencuba warna lain...
BalasPadamSemoga tumbuh dengan subur, pokok daun rama-rama ni.
BalasPadamPokok ni, kalau tanam dalam pasu yang boleh gantung, cantik.
cantik pokok bunga rama-rama ni tambah2 kalo kita letak pd pasu gantung
BalasPadamOh baru tahu namanya tumbuhan rama rama. Pernah liat tp saya pikir tumbuhan semacam rumput 😅. Memang sih daunnya macam kupu2 ya kak. Jadi disebut rama-rama
BalasPadamSuka tengok warna dan bentuk pokok daun rama-rama ni. Kalau letak sebelah pokok daun hijau sesuai sangat.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan