Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rania Terkena Air Panas ! Pagi ni macam biasa CCL masuk lambat dalam pukul 9 pagi macam tu sebab ada bajet meeting pulak kejap lagi . Tiba-tiba dapat call dari mak CCL , si Rania terkena air panas . Melecur juga laa .. CCL pun baru tengok status WhatsApp dari Abah Rania terus tanya keadaan Rania macam mana .
Ni gambar yang abah Rania hantar menerusi WhatsApp group family . Melecur juga laa .. bahagian buku lali kaki si Rania tu melecur teruk sikit ..
Macam mana boleh terjadi ? Kejadian berlaku lagi tadi, Mama Rania nak mandikan si Rania ni, alang-alang si Rania buang air besar, mama dia pun nak terus mandikan . Sambil dukung Rania , mama Rania tengah sediakan air mandian untuk Rania , entah macam mana si Rania ni meronta-ronta untuk turun lalu kaki Rania terkena baldi yang diisi air panas tersebut lalu air panas tu terkena sedikit pada bahagian paha ke kaki . Air panas yang ada dalam baldi tu mama Rania baru campur 2 gayung mandi air sejuk. Boleh bayangkan tahap panas tu macam kan .. Mama dan abah Rania terus bawa Rania ke Klinik berdekatan .
Petang tadi kaki Rania dah mula mengelembung . Mujur Rania tak banyak ragam .. masa terkena air panas tu sahaja dia menangis ..ya lahh dah sakit kan ..
balik dari klinik tu dah tak menangis sangat . Kaki sebelah dah berbalut tu ..harap-harap kaki rania cepat sembuh ..
14 Ulasan
waduh...kesiannya...tak dapat saya bayangkan bagaimana rasa sakit Rania hadapi semua tu
BalasPadamKeciannya
BalasPadamMudah2an cepat sembuhnya
Allah... kesian dia kecik2 tanggung rasa sakit cam tu
BalasPadamAllah, semoga adik Rania cepat sembuh,.,
BalasPadamSemoga cepat sembuh.
BalasPadamYa Allah, semoga cepat sembuh adik 😔. Pedih sangat pasti saat kesiram tu .
BalasPadamGws rania
BalasPadamAllahu..kesian Rania...moga cepat sembuh yer
BalasPadamYa Allah..cepat sembuh adik Rania yaa...
BalasPadamAllahuakbar..Semoga baik2 aje dlm balutan & lepas bukak balutan =(
BalasPadamAllahuakbar. Semoga cepat sihat dan tak tinggalkan kesan or parut.
BalasPadamAllahuakbar. Seramnya tengok kulit kena air panas tu. Semoga baby Rania kuat dan cepat baik lukanya nanti. Aamiinn...
BalasPadamAllah...sakitnyaaaa....kita yang tua ni kena air panas pun tak boleh tahan sakit melecur tu..inikan plak Rania yang kecik...
BalasPadamallahu kesian rania... harap2 skrg dah semakin pulih
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan