Tiba-Tiba Teringat Arwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tiba-Tiba Teringat Arwah  Gambar ni diambil pada pukul 1pagi  bertempat di Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis . Malam tadi lepas Isyak dapat berita yang sedikit merisaukan . Time ni CCL masih dalam fasa bekerja , nak tak nak terpaksa tunggu sampai shift habis iaitu pukul 12 tengah malam . Disebabkan CCL seorang sahaja yang bekerja untuk satu shift ni , tak ada staff lain yang boleh cover, kalau ada staff yang boleh cover of course CCL akan bergegas pergi ke hospital . Jarak tempat kerja CCL dengan hospital memang tak jauh mana pun . 

Tepat pukul 12 selesai tutup report, tunggu staff overnight pulak masuk , selesai briefing apa yang patut untuk staff overnight, Angkat beg, barang-barang terus pergi thumbprint and then gegas ke hospital . Keadaan hospital malam ni tak la ramai sangat , mungkin dah tengah malam , tapi proses tetap juga lambat .. biasa la kena menunggu berjam-jam walaupun masuk kecemasan  . 
Menunggu dan terus menunggu khabar berita dari pesakit . Mujur la malam ni tak ada nyamuk . 



Time tunggu ni tiba-tiba teringat kenangan yang telah berlalu pergi . Last tunggu kat sini masa arwah Wan sakit . Ditolak ke kecemasan dan anak menantu serta cucu menunggu khabar berita disini . Malam ni memang teringat semula memori-memori tersebut . Teringat memori bersama arwah tok dan juga arwah wan . 

Dalam hati Ya Allah kuatkanlah hambamu ini . Mata time ni memang dah berkaca. Tunggu air mata saja berguguran .. teringat memori arwah tok dan arwah Wan cepat- cepat sedekahkan surah Al-fatihah untuk arwah , baca dalam hati setenang- tenang . 

Untuk elakkan mata dari terus berkaca, bercakap dalam hati ' mata tolong behave okay' risau kang tiba-tiba air mata ni jatuh non stop menangis kat situ haa.. sekeliling CCL ni bukan CCL sorang jer . Ada lagi waris-waris pesakit lain .. so tak nak layan perasaan sangat simple ..jejalan blog kawan-kawan agar boleh lupa kesedihan tersebut .

Sambil tengok , sambil menunggu sambil layan perut yang lapar . Disebabkan lerja sorang-sorang hari ni , petang tadi sempat jamah roti cicah air . Fikirnya nak balik makan kat rumah jer, alih-alih jadi begini terpaksa ikat perut sekejap . Ada sahaja mesin makanan , letak coins and pilih makanan segera apa yang kita nak , tapi malas pula nak jalan ..

Sementara menunggu ni dapat idea untuk tulis blog . So tunggu apa lagikan terus create entri ni . 

Hampir pukul 2pagi , urusan semua selesai , dapat feedback dari nurse pakngah CCL ( adik kepada emak) terpaksa tambah air, dan boleh balik tanpa kena tahan di wad hospital, cuma dokter ada bagi ubat untuk hilangkan sakit tersebut .  mujur pakngah tak ada kecederaan yang serius ,

Doakan semoga pakngah cepat sembuh dari penyakitnya.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Aamin2x...
    semoga diberi kesembuhan kepada pesakit

    BalasPadam
  2. Siapapun pesakit tersebut...Kak SA doakan agar dipermudahkan urusan kesembuhan beliau...

    BalasPadam
  3. semoga diberi kesembuhan dan dipermudah segala urusan.. aminn

    BalasPadam
  4. syafakallah utk.pak ngah ccl

    BalasPadam
  5. Rasanya memang kalo ke rumah sakit di mana ada memory keluarga meninggal di sana, jadi terbawa sangat perasaan. Ada satu rumah sakit di sini yg mana mama mertua dan papa mertua meninggal di situ. Jadi setiap kali kesana saya tak nak. Langsung teringat mereka, sedih sangat. Saya lebih bagus pilih rumah sakit lain drpd rumah sakit yg itu.

    Semoga pakngah kakak cepat sehat lagi yaa 🤗

    BalasPadam
  6. syafakallah utk pak ngah...and semoga semua urusan dipermudahkan..aamiin

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan