Assalamualaikum dan salam sejahtera
STREET TAKOYAKI ANTARA TAKOYAKI PALING SEDAP DI PERLIS . WAJIB CUBA !! Sebut sahaja perkataan takoyaki, ramai orang pasti akan membayangkan keenakan dan kelazatan snek jalanan dari Jepun tersebut dalam fikiran mereka.Salah satu jenama takoyaki yang berjaya menawan hati peminat takoyaki adalah "Street Takoyaki" dengan sos takoyaki mereka yang cukup lazat dan berkualiti tinggi.
Pada mulanya CCL kurang minat untuk makan takoyaki . Disebabkan adik perempuan CCL memang minat akan takoyaki , setiap kali ternampak gerai-gerai yang ada jual takoyaki dia akan wajib singgah membeli .CCL hanya rasa seketul sahaja , sebab sos takoyaki terlalu masin bagi CCL .
Tetapi untuk hari ini CCL dah jumpa takoyaki yang menepati selera CCL, memang highly recomende dan memang sedap sangat-sangat . Actually memang dah lama nak beli, tetapi disebabkan selalu singgah dan asyik habis, so petang hari ni rezeki CCL dapat merasai takoyaki dari Street Takoyaki . Benda sedap memang selalu habis . Hari ini singgah mujur ada lagi . Rezeki .
Terpanggil untuk merasai takoyaki ini disebablan tengok gambar yang tengah lalu lalang di wall facebook nampak memang menyelerakan . Topping pun nampak unik sekali lain dari takoyaki lain . Sebab itu CCL terlalu sangat nak cuba walaupun CCL bukan penggemar takoyaki .
Takoyaki dijual dengan 3set . Ala lupa pulak CCL nak snap gambar set-set takoyaki . Yang paling murah RM5 untuk 5 ketul takoyaki . Set yang kedua RM10 untuk 12 ketul takoyaki dan set yang seterusnya kalau tak salah CCL RM35, yang ini set yang paling besar la . So CCL cuba beli set RM10 , dapatlah 12 biji , isi takoyaki CCL campur-campur . Ada isi ayam, isi ketam dan isi sotong . Hangpa boleh sahaja pilih sama ada nak isi campur atau isi yang korang suka .
Berpuas hati menikmati takoyaki dari Street Takoyaki ni , mana tidaknya, isi takoyaki memang mantul, memang padu , memang berbaloi dengan harga digandingkan pulak dengan topping takoyaki yang sangat melimpah . Selalu CCL makan takoyaki lain, benda yang paling CCL tak suka ialah topping sebab kadang-kadanh ada yang terlalu masin . Tetapi takoyaki dari Street Takoyaki memang terlalu sedap, topping doa pun padu meleleh . Memang CCL high recomended .
So hangpa yang mana duduk area Perlis boleh la singgah di Street Takoyaki di Behor Temak, selepas Fama Perlis dan bersebelahan Musa Raja Lelong . Musim-musim MCO ni kalau malas nak keluar rumah tetapi teringin nak makan takoyaki jangan risau jangpa boleh hubungi sahaja Street Takoyaki diorang juga adakan C.O.D. .hantar sampai depan pintu rumah .
Maklumat lanjut
Facebook : https://www.facebook.com/streettakoyaki.kangar
9 Ulasan
Di Melaka pun ramai yang jual. Tapi saya belum pernah cuba lagi
BalasPadamtakoyaki tp selalu tersalah sebut dorayaki😁😁
BalasPadamskrg ni dah byk kan tako jual..
BalasPadamcuma sllau beli yg biasa-biasa je..
topping dia nampak melimpah & bestnya!
BalasPadamomg mane nak cari malam malam mcm ni. favourite!!
BalasPadam00:29am | Mini Purse
favorite niiii.. sedapnyaaa laa
BalasPadamTerliur la. Lama tak makan tako
BalasPadamSaya hantu takoyaki hihihiii.
BalasPadamWow, favourite akak suami isteri nie.. hihihi
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan