Assalamualaikum dan salam sejahtera
Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael Kali ni teracun dengan live Tiktok Iris Rafael, tengah-tengah scroll ke bawah dia hadir dengan live tengah jual baju kurung ya gaisss .. terhenti dan terlayan live tiktok beliau . Bukan itu sahaja tauu CCL terbeli juga sepasang baju kurung moden dari tiktok Iris Rafael .
Alasan teracun dengan live tiktok Iris Rafeal ni .
- Corak printed yang cantik
- Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited
Itulah dua alasan yang tidak mampu CCL tepis . Hahahaa.. selain dari design bunga printed pada baju tu .gabungan warna pada baju ti bagi CCL memang limited . Sebab apa limited sebab warna kuning cair ni jarang-jarang sekali nak ada .. so why not untuk tambah koleksi baju kurung kan ..
Baju kurung moden ni memang sangat-sangat selesa . Pilihan saiz CCL semestinya saiz S . Material kain SB line , tak panas, tak jarang paling penting senang iron tau . Ada zip bahagian belakang baju dan juga ada butang pada bahagian leher hadapan baju .
Mempunyai sulaman pada bahagian hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . Ada juga belahan pada bahagian tengah belakang baju kurung moden ni . Ada dart pada bahagian depan dan belakang baju .
Kain pula, hadir dengan separa getah . Ada zip pada sebelah kiri dan kain senyum . Turut ada juga sulaman pada bahagian kaki kain .
Ada pelbagai warna yang rambang mata tau .. berkenan baju kurung sulam dari Iris Rafael ni pergi beli sekarang di Tiktok @irisrafaelhq . Harga mampu milik tau bawah dari RM100 korang dah boleh dapat kurung moden printed dengan bersulam ni ..
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan