Blogwalking Time !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogwalking Time !! Tiba-tiba malam ni CCL ada mood nak berjalan… tapi bukan berjalan keluar rumah, ya. Nak berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain. Hehe. Inilah yang dipanggil blogwalking, aktiviti santai yang buat hati rasa seronok bila nampak entri-entri menarik dari kawan-kawan blogger.. Kadang-kadang best juga lepak kejap baca entri-entri terbaru dari kawan-kawan blogger lain .. Ada yang update pasal resepi, ada yang cerita pasal trip cuti-cuti, ada juga yang kongsi cerita harian ..


Kadang-kadang kita stuck nak update apa kat blog sendiri… tapi bila baca entri orang lain, terus rasa inspired! ..Siapa yang macam tu ??? Angkat tangannnn !! Ada yang share resepi, review barang, cerita pasal anak-anak, pasal cuti-cuti, dan macam-macam lagi. Best kan! Rasa macam duduk borak dengan kawan lama sambil minum kopi panas . 

Dapat pulak tinggalkan komen kat blog uguys boleh eratkan lagi silaturahim sesama blogger. Tak kisah lah kita silent reader, atau suka komen panjang-panjang yang penting, support sesama kita . Sambil baca tu, boleh tinggalkan jejak, komen sikit, dan support kawan-kawan. Dunia blog ni macam satu komuniti kecil yang penuh warna. Ada yang dah kenal lama, ada yang baru jumpa. Tapi bila kita saling ziarah dan baca hasil tulisan masing-masing, terasa macam satu keluarga.

So, kalau korang nampak jejak CCL kat blog uguys hari ni… haa, maksudnya CCL tengah buat tour lah tu! Jom la sama-sama, kita ziarah blog kawan-kawan… mana tahu dapat idea baru untuk next entri  .. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Selamat beblogwalking Lyana. Betul, kadang dapat inspirasi juga blogwalking ni. Sama-samalah kita memeriahkan dunia blog dengan sapa menyapa tinggalkan komen.

    BalasPadam
  2. Sy pun br sempat nk BW hari ni... enjoy your day CCL

    BalasPadam
  3. Terima kasih ye jejak rumah ahkak. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. terima kasih sebab BOOM komen kat Blog Taufik....
    betul tu, dalam blog saya banyak kenal kawan baru..saling support sesama blogger

    BalasPadam
  5. Rasa macam CCL belum sampai 'rumah' Akk lagi. Ada hidang kue tiau goreng :p

    BalasPadam
  6. salam hari jumaat yana, kak mieja datang bw 💖💖

    BalasPadam
  7. Betul tu CCL. Dengan BW dapat memberi ilham untuk kita menulis.
    Pagi tadi, bangun tidur teruja sangat dapat 'sarapan' penuh di bawah tudung saji yang CCL titipkan. Sempat baca dalam perjalanan pergi menoreh heheheee. Terima kasih CCL.

    BalasPadam
  8. oh patutla baru ni kemain nampak CCL komen kat blog saya. mood rajin menyerang ye hehe
    saya pun ada masa BW lama2 bila hari weekend je. kalau weekdays kadang2 tk sempat

    BalasPadam
  9. Kalo BW saya memang tiap hari 😄. List BW saya ada skitar 100 blog. Tapi ofkors lah saya bagi2 bacanya. Jadi dalam 1 Minggu, 1 hari saya update blog , dan sisa 6 hari saya BW. Jadi list itu saya bagi 6 😄.

    Memang suka baca blog teman2. Walaupun ada yg tak balas komen, tapi tak apa. Saya baca, memang Krn saya suka. JD tidak harapkan balasan komen

    BalasPadam
  10. tq blogwalking blog MA .. :-)

    BalasPadam
  11. Baru ada masa nak BW.. sblm ni busy

    BalasPadam
  12. Terbaik! Syok baca cerita orang, ada yang jadi inspirasi, Dan pengajaran tuk kehidupan. Alhamdulillah..Blog Masih relevan kan.. Selamat berjalan jalan..Hehehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan