Gangguan Bekalan Air Dah Okay

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Gangguan Bekalan Air Dah Okay  Dua hari lepas CCL ada cerita berkenaan gangguan bekalan air di kawasan rumah CCL hampir 48jam tak ada, sampai lah lewat pagi pun masih belum ada . Boleh pergi baca entri ini dulu . Sebelum nak masuk tidur , memang dah buka paip dalam bilik air, bukak pelahan sahaja mana tahu kalau-kalau tengah tidur, pihak SAP dah siap kerja-kerja pembaik pulih , bekalan air pun dah jalan mungkin boleh penuh air dalam tadahan kolah mandi tu .. tapi ternyata pagi semalam tiada setitik air pun . Pihak SAP keluarkan notis baharu mereka tengah membaik pulih 'welding' paip tersebut sebab ada kebocoran sikit . Bermakna hampir 48jam tiada bekalan air . Nak mandi pun kena berjimat cermat . 


Semalam  pukul 12 tengah malam alhamdulillah bekalan air dah mula ada, tekanan air pun laju, tiada angin , tapi macam biasa selepas membaik pulih sudah semestinya air kotor . Yes air memang kotor dah macam air kopi .. kena buka paip air bagi lama untuk hilangkan air kotor tu, alang-alang tu boleh basuh sekali kolam tadahan air dalam bilik air . Pukul 3pagi alhamdulillah, air yang keruh dah semakin ok . 

Lega bila bekalan air dah ada . Alhamdulillah  syukur .. bila 2 hari terputus bekalan air, air yang ada pun terpaksa kena jimat, terfikir pulak macam mana kalau orang lain diuji dengan terputus bekalan air berpanjangan . Allahuakbar .. macam mana nk mandi, nak minum ..


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Susahnya kalau takde air ni. Apa pun tak boleh nak buat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah bekalan air kembali pulih.
    Air ni nadi kehidupan, mmg susah jika takde air :(

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah lega betul bila keperluan air ni cukup untuk kegunaan hari-hari kan CCL...

    Itulah imagine yang berbulan kadang bertahun terputus bekalan air.....tak terbayang langsung macam mana...

    BalasPadam
  4. betul. kita putus bekalan sehari dua dah hebohkan.. ni yg berhari2 takde air. Ammi selalu terfikir mcm manalah agaknya kalau time tu kita tengah uzur, aduhaiiii susahnyalah

    BalasPadam
  5. alhamdulillah mesti lega panjang bila air dah ada.... sempat lagi basuh kolam tadahan air.. memag terbaik...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah nikmat air tu besar

    BalasPadam
  7. Kalau terputus bekalan air memang buat hidup caca merba

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... Tuh laaah, kdg kita terpikir juga, bagaimanakah orang2 yg hidup di remote area, blm ada listrik, air pun ambil dr sungai. Krn yg seperti itu msh ada di Indonesia. Saya tak yakin bisa hidup di tempat yg msh blm ada listrik dan bekalan air

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan