Certot : Pelaris

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Pelaris

Semenjak jalan utama ke lorong Kafe Sedap ditutup oleh pihak berkuasa tempatan, hasil jualan semakin merudum teruk. Mereka cuma berharap dengan jualan atas talian.

“Abang rasa macam nak tambah menu baru. Nasi lemak RM1. Buka juga tempahan untuk infak. Macam mana?”  Mata Nura membulat dan senyumannya melebar. “Nura setuju, bang. Bagus idea tu.” 

Mereka terus mengira kos bahan mentah dan menyiapkan bahan masakan untuk cadangan Abu esok hari. 

Sebelum pulang, seperti biasa, Nura akan ke belakang kedai untuk membuang sampah. Tanpa diduga, dia melihat satu kelibat berwarna putih bertenggek di atap kedainya. Mukanya seperti dipercikkan air dingin. Sejuk dan kaku.

“Ya Rabbi! Nura, apa yang awak termenung kat belakang ni? Puas abang cari awak,” seru Abu kaget. Nura hanya terdiam kaku di situ. Abu memapah isterinya masuk ke dalam kedai.

“Lepas ni, tak payah buang sampah. Biar abang saja yang buat. Kita balik dulu,” arah Abu. Nura hanya melemparkan pandangan kosong. 

Tiba di rumah, Puan Anim yang berasa pelik dengan kelakuan menantunya telah menasihatkan Abu supaya berjumpa dengan orang yang tahu tentang perkara ghaib. Abu hanya menganggukkan kepala. Dia berasa sangat lesu.

Keesokannya, kedai terpaksa ditutup. Puan Anim meminta bantuan Haji Jalal, kawan baik arwah suaminya. 

“Janganlah risau. Segala yang ada di muka bumi ni makhluk Allah. Takkan bergerak seinci zarah pun kalau tak diizinkan-Nya. Kita usaha pulihkan anak dan menantu kamu serta kedai mereka ya.” Lembut tutur Haji Jalal. Menurut hematnya, ada yang ingin menguji kekuatan tahap ilmu hitam terhadap keluarga itu.

“Abang Haji buatlah apa yang patut,” balas Puan Anim sayu. Seperti yang dijangka, Haji Jalal menemukan tulang haiwan dan beberapa genggam tanah yang dipercayai tanah kubur di pintu belakang kedai. Sambil menunjukkan bukti sihir kepada Abu dan Nura, Haji Jalal berpesan supaya cuma bergantung harap kepada Allah sahaja. Biarkan Tuhan sahaja yang membalas.


Certot : Cerpen Kontot



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. insiden begini pernah berlaku pada kakak ipar kak ana masa dia buka kedai makan nasi campur di Seri Kembangan, lama dah dulu, akhirnya tutup terus . Ada kawan kata kenapa lama tak buka kedai sedangkan ada jer depa niaga tak ada pelanggan . Tup tup lepas tutup kedai ada buka kedai tomyam sebelah..

    BalasPadam
  2. Andai ini kejadian benar berlaku, minta jauhlah dari perbuatan syirik ni. Kesian orang yang kena macam ni.

    BalasPadam
  3. zaman sekarang masih banyak kan perkara mcm ni berlaku... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  4. Kdg macam tak percaya, tapi sejak kawan saya terkena hal2 begini, sekarang dah meninggal, mau tak mau saya harus percaya. Bahwa sihir memang ada. Seragam sangat. Memang lah kak, yg bisa kita lakukan hanya minta tolong perlindungan saja kepada Allah. Sedih kalo ingat teman saya yg akhirnya meninggal setelah 10 THN lebih menahan sakit terkena sihir dari orang jahat itu

    BalasPadam
  5. Moga kita semua terpelihara daripada sihir. Aamin

    BalasPadam
  6. semoga kita semua dijauhkan dari sihir, especially sihir pemisah dan sihir pelaris ni

    BalasPadam
  7. salah 1 perangai busuk org kite yg x reti2 nak berubah... haihh

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan