Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pak Ilman dan isterinya, Mak Amna merupakan pengusaha jagung dan mempunyai empat orang anak. Aman, Amani, Iman dan Imanina.
Aman mempunyai ladang ternakan ayam. Makanan untuk ayam-ayamnya diperbuat daripada jagung milik Pak Ilman dan Mak Amna.
Amani sangat pandai memasak. Amani sudah terbiasa memasak pelbagai makanan menggunakan jagung sebagai bahan utama. Dengan kelebihannya itu, Amani membuka gerai makan di lokasi strategik. Menu istimewa gerainya ialah nasi goreng jagung.
Iman pula seorang penggemar air jagung. Disebabkan dia menggemarinya, Iman membuka gerai air jagung dan perniagaannya kini telah mempunyai banyak cawangan.
Imani seorang pempengaruh terkenal di media sosial. Imani selalu membuat rakaman dan perkongsian mengenai ladang jagung serta kegiatan adik-beradiknya berkaitan jagung. Video-video yang dihasilkan Imani semuanya terlihat menarik memandangkan dia ialah pelajar jurusan Multimedia Kreatif.
Hasil kerjasama adik-beradik, mereka berjaya mencipta sebuah perniagaan yang maju dan terkenal dengan nama Keluarga Jagung. Hanya dengan jagung, mereka bukan sahaja berjaya memperoleh pendapatan, tetapi juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
5 Ulasan
Sedapnya jagung
BalasPadam1 family kan..buat business jagung.
BalasPadamBaguus juga kan kalo sekeluarga bisa berbisnis sampai2. 👍 Saya bayangkan menu2 yg terbuat dari jagung, sedaaap. Sayang tak banyak restoran di sini ada jual aneka menu jagung
BalasPadamsaya pun suka nasi jagung.. tapi anak anak pula tak suka.. habis jagungnya diasingkan dari nasi. Tapi, kalau jagung kukus tu, makan pula.. aje pening mak
BalasPadamCerita penuh mesej.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan